ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Saturday, November 8, 2008

TAUHID ULUHIYYAH

Bersalaman selepas Kuliah
Perbincangan selepas Kuliah
Sebahagian pendengar Muslimin

Tarikh 9 nov 2008, pagi Ahad minggu ke dua.

Surau MADAH : Kuliah Tafaqquh Fi Ad -Din, berkaitan Tauhid Uluhiyyah( Tauhid Ibadat dan ketuhanan)

Penceramah memulai ceramah dengan beberapa pendekatan tentang maksud setiap bahagian tauhid, serta di kaitkan dengan hakkat kehidupan manusia dewasa kini.

Tauhid Rububiyyah( Tauhid pemerintahan dan pengurusan: Hal-hal politik)

Perbezaan Ikhlas feqah ialah seperti" Saya ikhlas ni...adapun Ikhlas Aqidah ialah bermaksud : Seluruh hak Allah mesti diserahkan kepada Allah.

Semua kegiatan ibadat hanya kepada Allah sahaja, seperti doa,hanya kepada Allah sahaja, bukan kepada pokok, kubur atau mana-mana makhluk lain.

Susunan Tauhid:

Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Asma' dan Assifat mesti digabung sekaligus.

Komentar oleh ustaz

Orang melayu mengaji dari belakang contoh:
Mengaji qur'an mulai dengan Juz Amma lepas tu Khatam. Tauhid pun sama, rububiyyah , uluhiyyah Asma tak mengaji tetapi Assifat ...sifat 20 sahaja.
Jadi ada orang walaupun solat, haji dan zakat , tetapi tolak pemerintahan, ekonomi dan hukum Allah. Puncanya kerana tidak mengaji.

Maka timbulah,dalam sembahyang buat kerana Allah, luar solat buat kerana mu......

Justru itu orang yang nak mati di ajar Kalimah Tauhid "LA ILA HA ILLA LLAH" terkandung semua Tauhid( Rububiyyah,Uluhiyyah,Asma ' dan Assifat )

Sebab itu Adab bila berlaku kematian , Rasulullah menyatakan " ajarkanlah dikalangan orang yang mati dikalangan kamu dengan ucapan La Ila Ha Illa Lah.

Lalu para Ulama berijtihad:

Boleh juga dengan kata "Mengucap".....tahap pertama, supaya pesakit tetap ingat pada Allah.
Tetapi kalau dah tenat , ajar terus ( Asyahadul Allaa Ilaa Ha Illa Lah )
Kalau lagi kritikal, La ilaa ha illa llah.. sahaja.
Tetapi kalau lagi teruk , ajarlah : Allah.Allah
Andanya semakin gawatcukuplah dengan ..HU.( Allahhu La Ila ha Illa HU..)


Komentar:
Soalan, apa beza takut kepada Allah dengan takut kepada makhluk ?

Dalam soal takut, ada keharusan seperti takutkan harimau( Muqayyad )memang itu lumrah dan naluri manusia , ada perasaan takut , dan mesti jauhkan diri darinya, ini adalah rahmat Allah, untuk kebaikan kepada manusia, tetapi ada batasan, adapun takut kepada Allah adalah mutlak, iaitu bukan lari tetapi mendekatkan diri kepada Allah dengan cara patuh semua perintah dan jauhi larangannya.


Wallahu A'lam

No comments: