ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Thursday, November 6, 2008

GOTONG ROYONG


Amalkan budaya 5S ( Sapu, Susun, Sisih,Seragam dan Sentiasa Amal )

Allah berfirman yang bermaksud

" Dan tolong menolonglah kamu di atas perkara kebaikan dan ketaqwaan,dan janganlah kamu bertolong tolongan di atas dasar dosa dan permusuhan"


Alhamdulillah , masa yang terluang , cuti baru-baru ni sempat juga bersihkan disekeliling rumah.
Al maklumlah sekarang ni, Denggi sedang bertapak di sekitar bandar M.

Setiap petang pihak Jabatan Kesihatan membuat semburan , bagi menghapuskan nyamuk A ,mengiku kata mereka kawasan M adalah kawasan wabak denggi dan puncanya ialah ada air bertakung yang menjadi punca nyamuk A membiak.

Tetapi bagi ku, punca utama bala ini adalah sebagaimana firman Allah dalam alQur'an yang bermaksud:-

"Berlakunya kefasadan di laut dan darat adalah dik kerana tangan-tangan manusia"

1. Dosa-dosa yang terus dilakukan.
2. Penyelewengan dan kezaliman.
3.Ingkar kepada perintah Allah.
4. Ibu bapa yang hilang kasih sayang kepada anak-anak.
5. Anak-anak juga tidak lagi menghormati ibu bapa.
6. Penindasan oleh pihak yang berkuasa.
7. Mengabaikan anak-anak yatim dan orang-oran yang lemah.
8. Perzinaan dan perjudian.
9. Tidak menghormati bulan Ramadhan.

dan lain-lain lagi bentuk maksiat dan kemungkaran yang terus dilakukan oleh manusia,dan aku yakin sekiranya semuanya ini dihentikan dan kembali kepangkal jalan, insyaAllah tiada lagi wabak ini akan berlaku.

Wallah hu A'lam

No comments: