ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Saturday, November 22, 2008

KEWAJIBAN MENGIKUTI WAHYU DAN AKIBAT MENENTANGNYA


Surah : Al- 'Araf: Mafhumnya

1. Alif laam mim shaad.

2. Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.

3. Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya[528]. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).

[528]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin yang membawamu kepada kesesatan.


Peringatan untuk diriku dan sahabat.

1. Istiqamah tadabbur AlQur'an

2. Perjuangkan intipatinya , walau apa kondisi sekalipun.

3. Qur'an adalah inspirasi kehidupan perjuangan .

4. Waspada dengan toleransi musuh.

5. Perbaiki dan susuli amal agar sentiasa relevan dan memenuhi waaqi'.

6. Bergantunglah pada Allah" Allahus Shomad"...bukan kepada pemimpin atau manusia.

Amin ya Allah.

JADILAH AHSANI TAQWIM


"Qirodatan Khosii in"?

Atau BalHom Adholl ?


22 nov 08, kuliah Maghrib di fasa 1 D 1,berdasarkan firman Allah surah "At Tin "

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun[1587],
2. dan demi bukit Sinai[1588],

3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
. Bukit Sinai yaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Tuhannya.

Yang dimaksud dengan Tin oleh sebagian ahli Tafsir ialah tempat tinggal Nabi Nuh, yaitu Damaskus yang banyak pohon Tin; dan Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh Zaitun.

4. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allah S.95:5 mengandung arti ke tingkat pikun (seperti bayi lagi). Oleh karena itu Rasulullah saw. ditanya tentang (kedudukan) orang yang telah pikun itu. Maka Allah menurunkan ayat selanjutnya (S.95:6) yang menegaskan bahwa mereka yang beriman dan beramal shalih sebelum pikun akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al-'ufi yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Dalam surah ini Allah SWT , bersumpah dengan Benda iaitu buah Tin dan buah zaitun, iaitu buah manis dan baik untuk kesihatan,bukit dan gunung, menandakan nikmat Allah yang begitu banyak sekali faedahnya kepada manusia .

Makanan yang baik-baik, tempat tinggal yang aman dan selamat ,bukit bukau yang indah , semua nya untuk manusia.
Nikmatilah semua itu ,disamping tadbirlah dan majukanlah dari bahan-bahan ciptaan Allah atau sumber-sumber alam itu, agar menjadi manfaat kepada manusia.Keluarkanlah dari pokok,buah-buahan, gunung ganang itu hasil-hasilnya, seperti minyak, ubatan dan apa sahaja agar dijadikan bahan untuk mengelokkan lagi cara beribadat dan dan uruselia bumi dengan agama Allah.

Justru itu manusia akan menjadi "Ahsani Taqwim",sebaik-baik kejadian, bukan sahaja jasadnya tetapi aqal fikirannya, akhlak dan cara hidupnya.

Jika tidak berpandukan syariat dan sunnah rasul , maka daripada sebaik-baik kejadian akan bertukar menjadi dilaknat sehingga "Asfala saa Filin" dijerumuskan ke tahap yang paling hina, iaitu ke Neraka.

Melainkan orang -orang yang beriman dan beramal soleh, dan pahalanya tidak putus-putus.

Mengikut kata Ibnu Abbas ra. Orang yang tidak putus-putus mendapat pahala ialah, orang yang istiqamah membaca AlQur'an.

Juga orang yang menunjukkan contoh tauladan yang baik, samada dari hasil pemikirannya atau hasil penulisannya atau apa sahaja perkara baik yang datang darinya dan terus di manfaatkan oleh manusia lain.

Sebagaimana sabda nabi yang mafhumnya " Sebaik-baik manusia, ialah yang memberi faedah kepada orang lain"

Wassalam.

Saturday, November 8, 2008

Perbincangan dan Ulasan dalam kuliah tafaqquh

Lawatan ke Pusat Khidmat DUN P.Panjang
Kuliah tafaqquh di MADAH
Antara pendengar Muslimin yang hadir

Komentar dan Perbincangan:

Ada seorang pendengar membuat komen kenapa setiap hujah tidak diberikan Nas dan dalil?

Penceramah menyatakan tidak semua hal perlu Nas atau dalil baru boleh di amalkan.Saperti makan dengan sudu, atau makan nasi ....apa lagi ketika menyampaikan kuliah secara umum, tetapi kalau dalam bentuk kelas khusus, usrah dan sebagainya , maka itu perlu dan sangat baik di perbincangan secara khusus. dan disertai hujjah dan dalil.

Soal seperti "kena mengucap semula" bermaksud semua orang kena sentiasa mengucap seperti kata nabi" Perbaharui Iman kamu dengan menyebut La Ila Ha Illa Lah"

Apa 4 tauhid?

1/ Tauhid Rububiyyah( Esakan Allah dalam politik, pengurusan dan pentadbiran )
2/Tauhid Uluhiyyah ( Esakan Allah dalam sudut Ketuhanan)
3/ Tahid Asma' ( Esakan Allah disegi nama)
4/Tauhid Assifat ( Esakan Allah di segi Sifat Allah )

Soalan dalam surah Yaasin:
Perkataan Kenapa aku tidak menyembah(Kata habibun najar) berdakwah dengan menggunakan hujah dan lojik antaranya " mengapa aku tidak menyembah yang mencipta aku ( uslub dakwah)Kita semua nya akan kembali kepada Allah

Komentar:

Suka dan marah kerana Allah?

Perkara Allah suka , tetapi kita benci, ini menyebabkan syirik.
Saperti Allah suka orang beribadat, tiba-tiba ada orang benci, ini menyebabkan jadi Riddah.

Allah benci orang yang menyengutukan Allah, tetapi kita suka menyengutukan Allah- ini jadi murtad.

Tauhid Uluhiyyah- Lengkap semua.Dia adalah awal agama dan akhir agama , kalimah yang sama , kematian pun di ajar kalimah yang sama.

Allah berfirman bermaksud" Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia , melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku"
Ini Tauhid Uluhiyyah-Kita di cipta atas dasar Tauhid Uluhiyyah.

Ibnu Taimiyah mengatakan " Tauhid inilah yang membezakan golongan mengtauhidkan ( Muwahhidin )Allah dengan golongan yang mensyirikkan ( Musyrikin )Allah"

Dalam tauhid Rububiyyah ,dari sudut pengakuan, orang kafir mengakui Allah bagi rezki, orang Islam pun kata begitu, nampak sama.

Tetapi dalam tauhid Uluhiyyah:

Dalam sabda nabi"Sesiapa yang meninggalkan Solat maka ia menjadi kafir yang nyata"-yang membezakan orang Islam dan kafir ialah Solat.

Mengaku sama,tetapi amalan tidak sama. inilah tauhid Uluhiyyah.

Orang kafir di negara kita tidak berapa jelas tetapi yang jelas nampak , di perkampungan Ortodhok. ( Mesir ).semua pakai tutup aurat, tetapi di dada ada salib. Kita berbual tentang beriman pada Allah mereka boleh cerita tetapi mereka tidak sembah Allah.

Sebab itulah ganjaran pahala dan dosa berdasarkan tauhid Uluhiyyah.
Tauhid Rububiyyah , Asma dan Sifat ialah tiori , adapun Tauhid Uluhiyyah ialah prektikal.

Wallahu A'lam

TAUHID ULUHIYYAH

Bersalaman selepas Kuliah
Perbincangan selepas Kuliah
Sebahagian pendengar Muslimin

Tarikh 9 nov 2008, pagi Ahad minggu ke dua.

Surau MADAH : Kuliah Tafaqquh Fi Ad -Din, berkaitan Tauhid Uluhiyyah( Tauhid Ibadat dan ketuhanan)

Penceramah memulai ceramah dengan beberapa pendekatan tentang maksud setiap bahagian tauhid, serta di kaitkan dengan hakkat kehidupan manusia dewasa kini.

Tauhid Rububiyyah( Tauhid pemerintahan dan pengurusan: Hal-hal politik)

Perbezaan Ikhlas feqah ialah seperti" Saya ikhlas ni...adapun Ikhlas Aqidah ialah bermaksud : Seluruh hak Allah mesti diserahkan kepada Allah.

Semua kegiatan ibadat hanya kepada Allah sahaja, seperti doa,hanya kepada Allah sahaja, bukan kepada pokok, kubur atau mana-mana makhluk lain.

Susunan Tauhid:

Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Asma' dan Assifat mesti digabung sekaligus.

Komentar oleh ustaz

Orang melayu mengaji dari belakang contoh:
Mengaji qur'an mulai dengan Juz Amma lepas tu Khatam. Tauhid pun sama, rububiyyah , uluhiyyah Asma tak mengaji tetapi Assifat ...sifat 20 sahaja.
Jadi ada orang walaupun solat, haji dan zakat , tetapi tolak pemerintahan, ekonomi dan hukum Allah. Puncanya kerana tidak mengaji.

Maka timbulah,dalam sembahyang buat kerana Allah, luar solat buat kerana mu......

Justru itu orang yang nak mati di ajar Kalimah Tauhid "LA ILA HA ILLA LLAH" terkandung semua Tauhid( Rububiyyah,Uluhiyyah,Asma ' dan Assifat )

Sebab itu Adab bila berlaku kematian , Rasulullah menyatakan " ajarkanlah dikalangan orang yang mati dikalangan kamu dengan ucapan La Ila Ha Illa Lah.

Lalu para Ulama berijtihad:

Boleh juga dengan kata "Mengucap".....tahap pertama, supaya pesakit tetap ingat pada Allah.
Tetapi kalau dah tenat , ajar terus ( Asyahadul Allaa Ilaa Ha Illa Lah )
Kalau lagi kritikal, La ilaa ha illa llah.. sahaja.
Tetapi kalau lagi teruk , ajarlah : Allah.Allah
Andanya semakin gawatcukuplah dengan ..HU.( Allahhu La Ila ha Illa HU..)


Komentar:
Soalan, apa beza takut kepada Allah dengan takut kepada makhluk ?

Dalam soal takut, ada keharusan seperti takutkan harimau( Muqayyad )memang itu lumrah dan naluri manusia , ada perasaan takut , dan mesti jauhkan diri darinya, ini adalah rahmat Allah, untuk kebaikan kepada manusia, tetapi ada batasan, adapun takut kepada Allah adalah mutlak, iaitu bukan lari tetapi mendekatkan diri kepada Allah dengan cara patuh semua perintah dan jauhi larangannya.


Wallahu A'lam

Thursday, November 6, 2008

GOTONG ROYONG


Amalkan budaya 5S ( Sapu, Susun, Sisih,Seragam dan Sentiasa Amal )

Allah berfirman yang bermaksud

" Dan tolong menolonglah kamu di atas perkara kebaikan dan ketaqwaan,dan janganlah kamu bertolong tolongan di atas dasar dosa dan permusuhan"


Alhamdulillah , masa yang terluang , cuti baru-baru ni sempat juga bersihkan disekeliling rumah.
Al maklumlah sekarang ni, Denggi sedang bertapak di sekitar bandar M.

Setiap petang pihak Jabatan Kesihatan membuat semburan , bagi menghapuskan nyamuk A ,mengiku kata mereka kawasan M adalah kawasan wabak denggi dan puncanya ialah ada air bertakung yang menjadi punca nyamuk A membiak.

Tetapi bagi ku, punca utama bala ini adalah sebagaimana firman Allah dalam alQur'an yang bermaksud:-

"Berlakunya kefasadan di laut dan darat adalah dik kerana tangan-tangan manusia"

1. Dosa-dosa yang terus dilakukan.
2. Penyelewengan dan kezaliman.
3.Ingkar kepada perintah Allah.
4. Ibu bapa yang hilang kasih sayang kepada anak-anak.
5. Anak-anak juga tidak lagi menghormati ibu bapa.
6. Penindasan oleh pihak yang berkuasa.
7. Mengabaikan anak-anak yatim dan orang-oran yang lemah.
8. Perzinaan dan perjudian.
9. Tidak menghormati bulan Ramadhan.

dan lain-lain lagi bentuk maksiat dan kemungkaran yang terus dilakukan oleh manusia,dan aku yakin sekiranya semuanya ini dihentikan dan kembali kepangkal jalan, insyaAllah tiada lagi wabak ini akan berlaku.

Wallah hu A'lam

Wednesday, November 5, 2008

JAGA KESIHATAN

SUBHA NALLAH
SETIAP BAYI DILAHIRKAN BERSIH



Maksud firman Allah:
Al falaq : 1


1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah sakit yang agak parah, sehingga datanglah kepadanya dua malaikat, yang satu duduk di sebelah kepalanya dan yang satu lagi duduk di sebelah kakinya. Berkatalah malaikat yang berada di sebelah kakinya kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya: "Apa yang engkau lihat?" Ia berkata: "Dia kena guna-guna." "Apa guna-guna itu?" "Guna-guna itu sihir." "Siapa yang membuat sihirnya?" Ia menjawab: "Labid bin al-A’syam Alyahudi yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan di sumur keluarga Si Anu di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah." Pada pagi hari Rasulullah saw. Mengutus Ammar bin Yasir dengan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu tampaklah airnya yang merah seperti pacar. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Kedua surat ini (S.113 dan 114) turun berkenaan dengan peristiwa itu. Setiap kali Rasulullah saw. mengucapkan satu ayat terbukalah simpulnya.
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab HalaŁŠlun Nubuwah dari al-Kalbi dari Abi Shalih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Keterangan:
Dalam kitab Bukhari terdapat syahid (penguat hadits) yang ceritanya seperti itu, tapi tidak menyebutkan sebab turunnya dua surat itu. Dalam riwayat lain ada syahid yang ceritanya seperti itu dan menyebutkan sebab turunnya kedua surat itu.

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum Yahudi membuatkan makanan bagi Rasulullah saw. Setelah makan makanan itu tiba-tiba Rasulullah sakit keras sehingga shahabat-shahabatnya mengira bahwa penyakit itu timbul dari perbuatan yahudi itu. Maka turunlah Jibril membawa surat ini (S. 113 dan 114) dan membacakan ta’udz. Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui shahabat-shahabatnya dalam keadaan sehat wal ‘afiat.
(Diriwayatkan oleh Abu Na’im dalam kitab al-Dalaildari Abu Jafar ar-Razi dari ar-Rabi bin Anas yang bersumber dari Anas bin Malik.)


aGAGGGGnz

Surah Al Maidah: 82

Maksudnya " Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.



Teman-teman, berhati hatilah , apa lagi di zaman mutaakhir ini, bagaimana tipu daya Yahudi dan si Musyrik terhadap kita orang beriman.
Antaranya:

1. Melalui bidang media dan hiburan, filem dan sebagainya.
2. Melalui ekonomi dan dan produk yang dikeluarkan.
3. Melalui alatan kosmetik.
4. Melalui sistem kehidupan.
5. Melalui badan-badan NGO
6. Melalui bidang perubatan
7. Melalui riadhah dan sukan.

dan mungkin banyak lagi yang menjadi senjata mereka untuk menghancurkan Islam dan orang-orang Islam.

Ya Allah lindungi lah kami dari fitnah mereka.

Sunday, November 2, 2008

HARAPAN IBU AYAH

Window shoping kat Seremban
Ada pulak burung bersarang kat tempat penginapan
Menikmati breakfast kat Seremban


Firman Allah. Surah Al An'am : ayat 151
bermaksud:

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).

[518]. Maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya.

Pada 1 Nov 08, kami luangkan masa untuk menghantar anak-anak ke tempat pengajian masing-masing,Didalam negeri je !!,Walaubagaimanapun, Alhamdulilah, syukur. Yang sulong ke UITM Shah Alam, yang ke dua di Nilai Seremban, yang ke tiga kat Teluk Intan.Kami sampai kat Kolej anak sulong jam 4.30 petang, Alhamdulillah.

Kemudian teruskan perjalanan, dan singgah di Selayang , rumah anak saudara ,dan bermalam disitu.Esoknya teruskan perjalanan ke Seremban.

Malam nya tidor kat Seremban RM130.00 satu malam"Standard Twin"

Sebelah petangnya, kami jalan-jalan sekitar Bandar Seremban,ada beberapa tempat yang pernah menjadi nostalgia semasa belajar " bus stand ketika pogi umah Ujang kini dia dan pakai Kolonel dalam KAGAT", dan masa kerja "soljar" dulu dapat di imbau semula walaupun dah ada perubahan.

Selepas beberapa lama " beli Langsat" kami sampai juga ditempat yang dituju , parking kat depan Parkson dan bayar RM3.00 ..dalam hujan gerimis.Didalamnya kami disambut dengan ramai remaja melayu sedang "Breakdance"..hai bangsa ku, kembalilah ke pangkal jalan, hargailah usia muda mu.

Lepas tu terus balik ke hotel, tu setelah beberapa lama sesat, Alhamdulilah sampai juga.
Malam tu lepas makan ,kita orang solat Jamak taqdim .
Nak jadi cerita " Rezki datang terbang...kita orang makan Sup Merpati...haa tu lah, rezki kat Seremban!!!
Alhamdulillah.