ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Monday, August 11, 2008

SAKIT TANDA SAYANG


Assalamualaikum wbt

Pagi tadi 12 ogos 08, aku terima SMS dari isteri yang mendapat khabar dari kampong, bahawa CIK yang sedia udzor ,sakit ,katanya bengkak usus, dah 4 hari tak buang air besar.Sekarang ni ada kat Hospital.


Bagi kita anak-anak, tiada apa yang dapat kita buat melainkan usaha dan Doa,Tunaikanlah kebaikan kepada Allah, lakukanlah ibadat dengan ikhlas kepada Allah , Mudah mudahan allah memberi kelapangan dan keringan kepada Orang yang banyak jasanya kepada Kita,Tidak terbalas bakti mereka, begitu banyak pengorbanan mereka kepada kita anak-anaknya, walaupun mereka tidak mengaji macam kita, mereka tidak berpeluang belajar sampai tahap yang begitu tinggi berbanding dengan kita, tetapi mereka sudah berkorban untuk kita.Mereka tak pernah merasai kenikmatan zaman moden ini, mereka tak pernah menginap di hotel-hotel macam kina nikmati, mereka tak pernah memiliki kenderaan macam kita miliki dan mereka tidak ada rumah seperti rumah yang kita miliki. Tetapi mereka merasa puas sebab mereka berjaya mendidik kita hingga kita kenal allah, mereka merasa bangga kerana mereka berjaya mengasuh kita hingga kita kenal rasulullah Saw. Mereka merasa seronok kerana melahirkan anak-anak yang beriman dan bertaqwa.

Sesungguhnya mereka tidak meminta balasan, mereka tidak mahu susahkan anak-anak. Tetapi harus di ingat, Mereka merasa susah, mereka merasa hiba, dan mereka sedih sekiranya kita GAGAL menjadi manusia, menjadi insan beriman dan bertaqwa.

Semua kita yang masih ada ibu dan bapa , sedarlah , balaslah jasa mereka, ingatlah bakti mereka dengan istiqamah dalam Islam, doakanlah mereka , bantulah mereka , sayangilah mereka dengan terus bersyukur kepada Allah swt

Firman Allah:Al'An am: 151

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).


[518]. Maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya.