ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Friday, October 31, 2008

Addunya Jipah !!!!!

Ahli gerakan Islam sentiasa waspada dengan tawaran dunia
Tetamu bersejarah yang hadir dalam jamuan raya lumut
Gumpalan awan yang menginsafkan
Firman Allah:

Al -A'raaf:169.

" Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun." Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, yaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti?

Dalam petikan akhbar dan media serta dari blogs,banyak kedapatan berita tentang rasuah, samada yang betul dan banyak juga yang fitnah.

Walaubagaimana pun tawaran dunia jangan buat main !!!

Tawaran dunia , hebat.

Tawaran dunia penuh dengan hilai tawa.

Tawaran dunia asyik.

Tawaran dunia bisa kita tumbang dan binasa..

"Tawaran keduniaan bukannya perkara baru dalam sejarah perjuangan. Islam melalui Nabi Muhamad s.a.w dalam perjalanan Israq dan Mikrajnya telah diperlihatkan gambaran bagaimana godaan dunia yang berbentuk wanita yang menyebabkan semua orang tertarik,"

Islam ada cara bagaimana nak mengatasi masalah dan amanah sebagai perkara yang perlu diutamakan dalam perjuangan. Pemimpin gerakan Islam mampu memikul tanggung jawab tersebut.

Justru itu ku mohon perlindungan Mu Ilahi agar aku daan jamaah ku serta semua pimpinan ku tidak gelojoh dan tidak tertipu dengan tawaran dunia ini.

hakkatnya kita berjuang!!!!!Bukan dunia yang kita cari tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita percaya pemimpin yang ada mampu melaksanakan tanggung jawab tersebut,"

Wassalam.

Sup kambing mandi


Hidangan sup kambing mandi, sekali makan nak lagi"







Sodapnya...rezki Allah
Program bermula dengan solat,tahnik dan Soru.......




Firman Allah :A'Ra'ad : 21

"Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan[771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

[771]. Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan.

Sebagaimana biasa Usrah cawangan aku malam Sabtu, antara matlamatnya:

1-Amalan wajib setiap ahli.
2-Usrah adalah wasilah utama bagi melahirkan RIJAL berqualiti
3-Sebagai wasilah mendapat ilmu dan maklumat
4-Mengeratkan Silaturrahim
5-Melatih ahli melakukan kebajikan
6-Melatih ahli agar tertanam sifat suka tolong menolong
7-Melatih sifat wala' dan sabar
8-Menghilang sifat mazmumah dan melahirkan sifat mahmudah
9-Membolehkan jamaah merancang untuk terus istiqamah dalam perjuangan
10-Sebagai aktiviti " Addunya mazraatul aakhirat"

Wassalam.

Friday, October 24, 2008

Family Day





Firman Allah, bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka di antara umat itu, ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”. (An-Nahl : 36)

Kata orang hidup di dunia hanya sekali .Memang betul tetapi ingat sekali tu lah kita kena berhati-hati, kita kena waspada, sebab nya bila tersilap maka tiada peluang untuk kali kedua dan seterusnya.

Kami warga IKM berpeluang mengadakan Program keluarga ini pada 25 okt 08 di Marina Cove Resort Lumut
Pada petangnya hingga 12 malam ada program memancing.
Pagi esoknya iaitu 25 okt tu kita orang mula berkumpul dari jam 8.00 pag hinggalah petang.
Inilah peluang bertemu dan melepaskan keletihan kerja selama ni.Anak-anak apa lagi tak ingat makan , sibuk main air.

Namun sebagai orang Islam ,perlu diingat ,walaupun kita boleh ber family day dan apa sahaja namun perlu ada kesepaduan antara kehendak nafsu dan Syariat Allah, agar tiada perlanggaran dan unsur-unsur maksiat.

Mudah mudahan apa yang kita lakukan ini akan membuahkan kebaikan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Hingga jumpa lagi dalam program seterusnya.

Wednesday, October 22, 2008

RENUNGAN DI PAGI KHAMIS

"Photo-photo menceritakan situasi ditempat pemindahan banjir di sektar tempat ku".





Peringatan Allah terhadap godaan Syaitan

" Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. "
Al A'raf: 26

TAQWA.Kalimah yang sinonim dengan Ramadhan.Semua orang pada bulan ramadahan, cuba mencari taqwa.namun begitu bulan ramadhan beransur surut , taqwa semakin mengendur dan bila ramadhan berakhir, nampaknya Taqwa juga turut berhenti.JANGAN !!!

Ingatlah pesanan Allah.

Allah memberi ingatan kepada kita dengan melaluipelbagai cara, antaranya:

1. Melalui Kalamnya.
2. Melalui Kejadian yang berlaku .

Tika ini kejadian yang berlaku di daerah kita ialah Banjir dan penyakit.Mudah mudahan ayat ini memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita agar terus bertaqwa.

Ya Allah ya Tuhan ku berilah hidayah kepada ku , ahli keluarga dan semua sahabat-sahabat ku muslimin dan muslimat .

Amiin.

DUGAAN ILAHI



Pada 18 Okt 08 yang lalu, Dewan merdeka atau dikenali dengan nama dewan MPM , begitu meriah dan dihadiri ribuan penduduk Manjung dari segenap lapisan , mengunjungi majlis Sambutan Edul Fitri bersama MB.

Tetapi pada hari ini,dan saat ini Manjung dilanda musibah.Hujan yang turun tanpa henti selama satu hari semalam, bermula 21 Okt 08 hingga ke pagi 22 Okt 08, menggemparkan ramai penghuni sekitar manjung, terutama di Lekir,Batu 14,15 ,Pasir Panjang, Kg Tersusun bt 7,Bt 8 ,bt 3 segari dan persekitaranya digenangi air banjir yang muncul secara mendadak selepas melanda sekitar tahun-tahun 1984 dan 1993 yang lalu.

Ketika catatan ini ditulis, sebanyak 243 orang sudah berpindah dan berada di Pusat penempatan banjir di Pusat Latihan pertanian Lekir.

Tidak dinafikan bila banjir melanda , sudah tentu berlaku kehilangan , kemusnahan , dan kerugian seperti, kenderaan, alatan perabut,ternakan, tanaman,dan apa sahaja jika tidak sempat diselamatkan, yang sudah tentu merungsingkan.Namun sebagai orang Islam yang beriman kepada qada' dan qadar Ilahi sudah tentu, mengingatkan kita bahawa itu semua adalah sebahagian ujian yang pasti dilalui oleh semua manusia, dan yang pentingnya ialah kesabaran dan kesyukuran mestilah sentiasa ada tersemat di setiap sanubari kita.

Beberapa perkara harus diperhatikan:

1. Petugas dan ahli Gerakan Islam;

a. Bersedia untuk membantu semua mangsa.
b. Hulurkan bantuan seberapa segera.
c. Sentiasa berbincang agar setiap masalah dapat diatasi dengan cepat dan teratur.
d. Sentiasa hubungi pihak yang berwajib.( maklumat terkini no Tel : 05 6882117 - Bilik Gerakan banjir Manjung )

2. Bagi Mangsa:

a. Sentiasa berlapang dada dan berdoa kepada Allah SWT:

Firman Allah dalam Surat Al A'raf : ayat 23:

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".


b. Jangan sekali-kali abaikan solat, sebaik-baiknya kerjakan secara berjamaah.
c. jaga lah pakaian dan aurat semasa berada di tempat penempataan banjir.
d. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur.
e. Jaga lah kesihatan dan kebersihan di persekiran penempatan tersebut.
f. Buatlah laporan polis ke atas sebarang kerosaklan dan kehilangan akibat banjir dan dapatkan salinan repot tersebut untuk urusan bantuan dan sebagainya.
g. Berkongsilah apa sahaja bantuan yang berhak diterma dan bersyukurlah.

3.Bagi Unit Amal/pasukan keselamatan

a.Pastikan keselamatan diri dan orang lain.
b.Memantau rumah mangsa banjir yang berpindah agar rumah mereka aman dari gangguan dan perbuatan pecah rumah dan sebagainya.
c.Berilah bantuan serta bekerjalah dengan ikhlas.
d.Elakan dari menyalahgunakan peralatan dan bahan bantuan.

Ingatlah ini semua dugaan Ilahi, Allah melihat siapakah yang lebih baik amalannya.

Tuesday, October 21, 2008

photo sekitar lawatan QE


Alhamdulillah lawatan 5s di UNITEN Bangi, bermula jam 3.00 petang dan berakhir 5.30 petang telah selamat hingga kemuncaknya, dan antara yang dapatdikongsi bersama ialah:

Umat Islam dan para pejuangnya mesti mendahului dan menerajui konsep 5S ini iaitu:
a.Sapu
b.Susun
c.Sisih
d.Seragam
5.Sentiasa Amal.


Antara yang dapat disimpulkan ialah:

1.Islam menggalakkan agar segala kerjabuat kita sentiasa bersih, disapu .Semua Pejabat,Markas Surau ,Masjid dan semua tempat dibumi Allah ini dijaga dan dipelihara agar sentiasa bersih
2.Setiap aktiviti,kerja dan perancangan yang dilakukan mestilah tersusun rapi sebagaimana firman Allah di dalam surah AsSof, yang bermaksud" Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang Islam yang bekerja dan berjuang dengan penuh rapi dan tersusun kemas"

3.Sementara barangan yang tidak diperlukan perlu di buang ,di sisih dan diganti dengan yang boleh berfungsi dan mana-mana barang dan alat yang rosak perlu diperbaiki, agar tidak brlau pemabaziran tempat.
4.Semua gerak kerja perlu seragam seia sekata "Wehdatul Fikri" antara semua peringkat, samada diperingkat grassroot hinggalah keperingkat pimpinan dan semua lajnah dan dewan-dewan.
5. Akhir sekali setiap amanah yang di lakukan dan diamalkan secara istiqamah.Selalu di amalkan , bukannya sekali sekala atau jenis bermusim.
InsyaAllah kita budayakan 5s ini atau juga disebut QE" quality enviroment

Monday, October 20, 2008

Lawatan 5s


Pagi ini 21 okt 2008, aku bersiap awal,dan pastikan anak-anak yang kesekolah bangun sebelum suboh,selepas tumpang bersahur dan solat suboh aku menghantar 3 anak kesekolah sri attaalim,jam hampir menunjukkan 7.30 pagi,aku sampai ke tempat kerja, bas pun sudah menunggu untuk lawatan 5s ke UNITEN KL .Naik bas dan simpan peralatan dan kali ini aku bawa sekali "Laptop" .Lepas "Thumprint" aku pasang cable power kat bas, alhamdulllah ok.

Aku dapat pesanan sms dari "adik" ku dari sg petani "Lagoona Merbuk " negeri kedah darul Pas.katanya dia dah ada blogs ...buka lah.Mulanya susah juga maklumlah dalam bas, akhirnya setelah beberapa kali gagal ,berjaya.Baguslah, dan inilah pandangan aku dimana semua para pendakwah dan para pendokong gerakan Islam mesti ada blogs atau web sendiri.Ini lah bentuk medan perjuangan kita yang begitu luas sekarang ni, sebarkan ilmu dan maklumat yang ada,sebarkan alQu'an , sebarkan alHadis dan apa sahaja ilmu yang berguna ,kerana sekarang ni pokok yang ada dah mula bergoyang , kera dan lotong yang ada mula nak melarikan diri so Islamlah pohon rimbun yang akan menyelamatkannya, justru pohon itu perlu di mantapkan dengan baja-baja dan siraman dari air suci Islam.
Para Ulama pewaris Nabilah yang layak Untuk menyedarkan masyarakat, buka minda mereka dan jangan biarkan mereka berqiblatkan suratkhabar dan media "mereka" sahaja.

Oh ya berbalik pada blogs adik ku tu , alhamdulillah,walaupun baru tetapi ok.Syaratnya mesti rajin menulis dan selalu up date.Aku walaupun tak sampai lagi ke "Bahrul Maiyyit" tetapi dengan penerangan , ada gambar pulak kemudian disertai dengan dalil alqur'an, menjadikan artikel tersebut menarik dan hidup,alhamdulillah. Teruskan lagi , sebab dunia Islam tidak pernah menyekat IT.

Berbalik dengan perjalan ini, bas aku dah menghapiri R & R Behrang( lebuh raya ) ,dan jam menunjukkan pukul 11.30.

dan liputan "Broadband" aku pun ok , alhamdulllah.
moga perjalanan ini memberi kebaikan kepada aku dan rombongan, selamat pergi dan kembali dengan maklumat dan ilmu baru...amin ya Rabbal aalamin.
Jumpa lagi...InsyaAllah.

Wednesday, October 1, 2008

UMMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

1 Syawal 1429H,kami sekeluarga bersiap untuk solat sunat Idul Fitri,seperti biasa di Markas Kubang Lembek.Selepas bertakbir , jam 9.15 Solat diImami oleh Dato' Harun.

Alhamdulillah Jamaah memenuhi ruang bawah bangunan 3 tingkat itu.

Didalam khutbahnya antara lain:-

1- Nabi memberi amaran bahawa umat Islam akhir zaman akan ditimpa penyakit "wahan"
( Wau Ha Nun )
2- Iaitu penyakit takut mati dan cintai dunia.
3-Umat Islam akhir zaman ramai tetapi bagaikan buih,tiada nilai dan tiada kekuatan.
4-Contoh yang berlaku di Iraq,Afghanistan,Pelastin dan banyak lagi,umat Islam di ganyang oleh Amerika la'naatullah tetapi tiada mana-mana negara umat Islam membantu.
5- Di Masa nabi SAW memerintah, Umat Islam di geruni oleh orang-orang bukan Islam sejauh satu bulan perjalanan, ini berpunca bila AlQur'an di fahami dan dijadikan landasan hidup.
6-Justru itu umat Islam perlu kembali menjadi kuat dan bernilai, dengan kembali semula kepada era alQur'an.
7-Kembali dibawah kepimpinan yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah SWT.
8-Umat Islam perlu kuat dan berjuang, dan percayalah satu masa nanti pokok-pokok dan batu-batu akan memberitahu " Hai orang beriman, dibelakang aku ada yahudi, bunuhlah mereka !!!"
9-Saat itu akan berlaku, oleh itu kini semua umat Islam mesti mencari kekuatan yang sekian lama sudah hilang itu,kembali menghayati semua perintah Allah dan menjauhi larangan Allah didalam semua urusan.