ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Tuesday, October 16, 2007

ZAYYINUU A'YA DAKUM BI'TTAKBIRR

Jangan biarkan hati mati ketika menyambut Aidilfitri

Tue | Oct 16, 07 | 9:42:02 am MYT

Nabi Muhammad s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang boleh kita faham dari penjelasan maksudnya, bahawa dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya dan jika sebaliknya ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya, itulah hati yang ada dalam diri manusia (dipetik sebahagiannya dari hadis keenam daripada kitab hadis 40 Imam Nawawi).

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Baginda Rasulullah yang diutus oleh Allah ke dunia ini, bukan sahaja menitikberatkan persoalan yang besar seperti masalah kenegaraan kerana baginda seorang pemimpin negara, malah dalam persoalan mendidik jiwa juga adalah tanggungjawab baginda bagi memastikan manusia yang bernama Islam khususnya memiliki hati yang sejahtera dan hidup dengan ajaran Islam yang mudah untuk dipimpin kepada kebenaran agama.

Kerana hati manusia itu ada kaitannya dengan hidup atau mati peranan dan fungsinya, maka baginda mengingati umatnya agar sentiasa memeliharanya dengan baik agar ia terus subur dan hidup hanya untuk Allah.

Justeru, Islam ada memperkenalkan “Ad-Doruriyat al-Khams” iaitu lima perkara yang wajib dan mesti umat Islam pelihara iaitu:

1) Agama.

2) Akal.

3) Harta.

4) Jiwa atau hati.

5) Keturunan dan kehormatan diri.

Hati manusia itu merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Islam, jika salah ditarbiah maka ia akan menyusahkan tuannya nanti di akhirat, sehubungan itu Allah SWT ada menegaskan menerusi ayat 36 surah al-Israa yang bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.”

Bagi memastikan agar hati itu terus subur dan hidup dengan Islam, maka baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar jangan sekali-kali mematikan hati pada malam kedua-dua malam Aidilfitri dan Aidiladha. Hati mati dengan tidak bertakbir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Rasulullah ada bersabda: “"Barangsiapa yang bersembahyang pada malam Aidil Fitri dan Aidiladha tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati manusia dimatikan oleh Allah."

Kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.

Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.

Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Dan Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera, ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu’araa yang bermaksud:

“Iaitu di hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).”

Iaitu sejahtera, bersih dan selamat dari penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.

4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8) Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Penyakit hati

1) Nifaq dan riya’ (menunjuk-nunjuk).

2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

3) Hasad dan dendam kesumat.

4) Sombong, bangga diri dan ego.

5) Bohong dan berputus asa.

6) Cinta mendalam kepada selain Allah.

7) Ikut hawa nafsu.

8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

9) Takut kepada selain Allah.

10) Belot dan khianat.

11) Suka memaki hamun orang lain.

12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah./tajdid

WASPADA EMASA MENYAMBUT IDUL FITRI

Tayangan Khas Aidil Fitri- Muhammad Al fatih (animasi)
Posted on Tuesday, October 16 @ 11:32:27 MYT by SongkokPutih
Video Klip Oleh ahmadhadeed

"Muhammad al-FatihSultan Muhammad Al-Fatih merupakan seorang raja yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik & menguasai 6 bahasa pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Malah sifat-sifat beliau & para tenteranya telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah S.A.W: "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja & tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"

Sahabat baginda, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinopel ketika di zaman Bani Umaiyyah.

Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinopel dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda"

Kejayaan beliau dalam menewaskan tentera Salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Beliau merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Beliau jugalah yang menukar nama Constantinopel kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat beliau meninggal dunia.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih"

Untuk melihat tayangan perdana Aidil Fitri klik link dibawah
http://video.google.com/videoplay?docid=-4502302991768534949&hl=en

RAMADHAN LATIH JIWA, HATI-HATI UBAT GIGI ANDA

Jul 12, 2007 11:17 am US/Central

Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores

Attorney General: Counterfeit Toothpaste Either Says It's From South Africa Or China

SLIDESHOW: Celebrities Turning The Big 4-0

SLIDESHOW: Openly Gay Celebrities

Image

Derrick Blakley
Reporting

(CBS) CHICAGO Illinois state inspectors say they have discovered a poisonous counterfeit brand of toothpaste in local Chicago stores.

As CBS 2's Derrick Blakley reports, inspectors for Illinois Attorney General Lisa Madigan went out to 20 Chicago stores on Wednesday, and found 483 tubes of counterfeit Colgate toothpaste being sold in five Chicago stores.

This follows nationwide warnings that instead of containing fluoride, the counterfeit toothpaste contains diethylene glycol, a poisonous chemical used in antifreeze and as a solvent. "Diethelyne gylcol is a central nervous system depressant. It's a toxin that can be bad for liver or kidneys," Madigan said. Diethylene glycol can even lead to death.

The majority of the fake toothpaste turned up in low-end discount stores on the West and Northwest sides.

Madigan said it is not hard to tell if you have a counterfeit tube of toothpaste. Consumers can spot the potentially poisonous Colgate because the box says it's manufactured in South Africa, circled in the lower right hand corner and because basic directions are misspelled, shown in the upper left hand corner. Also on Chicago shelves: Colgate made in China, not necessarily poisonous, but not intended for sale in the United States.

Insepctors from the Attorney General's office found 483 tubes of the two bootleg versions in five small, neighborhood stores, inlcuding Homan Foods where the shopkeeper says, he and his family even used it.

"Not going to buy them no more, not going to use them no more, that's for sure," said Ibrahim Alsaleh. "Now I have to check with my doctor to see if something happened to us."

"If it says 'South Africa' on it, or if you see a container and it simply has Chinese writing on it, those are either counterfeit or they are not approved for sale in the United States," Madigan said. "The tubes should immediately be removed from your bathroom. They should not be used by you or your family members. If the tube says distributed by Colgate Palmolive, New York, New York, it can be made in the United States, Canada, Mexico or the UK and is considered safe."

Madigan also said if consumers find counterfeit toothpaste in their homes, they should also contact Colgate to get a refund or a product replacement. Colgate will send you a prepaid envelope to send the product back to them. Colgate can be reached at (800) 468-6502.

Further, people who are out shopping and discover the product on a store shelf should contact the attorney general's office at (888) 414-7678 so their inspectors can get it off the shelves, Madigan said. More information can be found at http://www.illinoisattorneygeneral.gov

Meanwhile, the attorney general's office is continuing its inspections of Chicago stores, keeping an eye out for any more of the tainted toothpaste.

Inspectors found large quantities of the bogus brands at Midwest Cash 'n Carry, but the owners insist they had no way of knowing the product was suspect.

"My question is: why didn't customs catch this?" asked John Zaremba of Midwest Cash 'n Carry. "And if this is coming in and we can't catch a tube of toothpaste coming, what else is coming?"

Madigan says that's a good point. Less than one percent of products imported into the United States get inspected at all.

The FDA issued warnings about tainted toothpaste from China and South Africa last month. The first Chinese products were shipped were little-known brands manufactured by Goldcredit International Trading in China, and while the South African products said Colgate, officials from Colgate-Palmolive said the company does not ship products from South Africa.

The stores where the tainted toothpaste was found are: Eagle 99 Plus Eagle, at 3201 W. Lawrence Ave.; Pick n Pay, at 4912 W. Madison St.; Payless Dollar, at 5616 W. Madison St.; Homan Foods, at 3358 W. LeMoyne St.; and Midwest Cash & Carry, at 2577 W. Armitage Ave.

(© MMVII, CBS Broadcasting Inc. All Rights Reserved.)

Saturday, October 13, 2007

MINAL AAIDIN WAL FAA IZIN

Paagi ini tanggal 1 Syawal aku dan keluarga , bangun seawal pagi .Selepas menyempurnakan solat Suboh, dan bertakbir..bermaaf-maafan .
Selepas mengambil sarapan pagi , kami ke Masjid tunaikan solat sunat Idul Fitri.
Khatib membaca kisah 7 golongan yang mendapat naungan Allah dihari yang tiada naungan melainkan 7 golongan sahaja:
1- Pemerintah yang adil
2-Dua Pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah
3-Pemuda yang hatinya tergantung di Masjid
4- Pemuda yang digoda wanita cantik dan berkedudukan tetap mengatakan " aku takutkan Allah'
5-Lelaki yang bangun malam dan menangis mengenangkan dosa-dosanya
6-Lelaki yang menderma dengan tangannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya
7- di sambung kemudian.......

Thursday, October 11, 2007

SAMBUNGAN FITNAH WANITA

Lelaki iaitu adik atau abang bertanggungjawab menasihat dan mendidik adik dan kakak mereka kepada agama,kenal Allah .
Memahami dan boleh beramal dengan perintah Allah swt.
Jangan abang atau adik lelaki sibuk dengan urusan diri dan keluarga sahaja, sedangkan adik dan kakaknya dibiarkan dalam keadaan jauh dari syariat, tidak beramal dengan sunnah rasul saw,

Walaupun dirinya alim,tahu hukum hakam,patuh kepada semua perintah Allah , apa lagi memperjuangkan Islam dalam kehidupan ..tetapi barang di ingat, selagi adik dan kakaknya di biarkan tanpa teguran dan nasihat tentang Islam...maka lelaki tersebut akan ditarik oleh adik dan kakak-kakaknya ke Neraka....
bersambung/...

MINAL AAIDIN WAL FAA IZIN KULLU AM WA ANTUM BKHIR

TAQALBALLALLOHU MINNA WA MINKOM......

AWAS FITNAH WANITA

Tanggal 12 okt 07. Aku selamat tiba di Kuala Trengganu selepas cabaran hebat dalam pemanduan merentasi Grik ,Jeli dan Tanah Merah.
Suboh di Masjid Bt 6.
Selepas Solat suboh dan Sujud Sajdah,Imam memulakan Kuliah tentang Fitnah Wanita.
Seorang Suami bertanggungjawab pada Isterinya
Seorang Ayah bertanggungjawab kepada anak perempuannya
Seorang Abang bertanggungjawab kepada adik-adik dan kakaknya
Seorang anak lelaki bertanggungjawab kepada Ibunya

Kalau isteri diabaikan,dibiar tanpa mengajar halal dan Haram dosa pahala wajib dan sunat, walaupun suaminya kaki masjid,pergi haji,puasa bulan Ramadhan dan semua perkara baik dilakukan ....namum gagal tunaikan tugas kepada kepada isteri untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa..Lelaki tersebut alias Suami tersebut akan ditarik oleh isterinya ke Neraka....Ya Allah Lindungi lah kami dari perkara tersebut....
Sambung/...

Tuesday, October 9, 2007

MINAL AAIDIN WAL FAA IZIN

Di Hari kemenangan ini , doaku untuk Ilahi agar ianya benar-benar suatu kejayan buat ku dan semua ahli ku.

Biarlah kemenangan yang sejati..
hASIL tARBIYAH rAMADHAN

aMIN!!!

Monday, October 8, 2007

GRADUAN RAMADHAN

Alhamdulillah.Kini 27 Ramadhan ,InsyaAllah tiga hari lagi untuk hari Konvokesyen,hari yang dinanti oleh semua para mahasiswa pusat pengajian tinggi.Kejayaan menggamit segulung ijazah "BA" atau "MA "yang dinantikan sudahtentu memerlukan kesungguhan dan kesabaran tinggi.

Demikianlah perumpamaan ramadhan bagi umat diriku dan semua umat Islam.Penantian akan berakhir,samada berjaya atau sebaliknya akan diketahui sendiri.namun apa kata kalau tidak berjaya, perangai semacam dulu juga,amalan bertambah teruk,sifat-sifat mazmumah langsung tiada,tiada produktif dan semuanya hambar...amat malanglah,sedangkan masa sudah berlalu.Menanti tahun hadapan ,belum tentu sempat.Justru itu masih ada masa 3 hari ini, aku nasihati diriku dan anda semua.... bertaqwalah, istiqamahlah dengan Islam.Perjuangkan Islam , Tegakkan Islam dalam diri dan tegakkan Islam dalam Keluarga, dan Tegakkan Islam dalam Masyarakat dan Negara.

Ya Allah berkatilah perjuangan dan azam ku ini. Amin
Amin...

Friday, October 5, 2007

EDIT SOALAN PEND. MORAL DI IKM KK

Bermula 10 sept hinggalah awal Ramadhan 1428H.
Aku berada dinegeri bawah bayu.
Menginap di Promonade Hotel

dan ini lah antara teman sejawat sedang edit soalan di IKM KK

Gambar tak ada..camera men katakan...
Tak ape kerja bukan untuk nama...tetapi ihlas
mudah mudahan pendidikan moral memberi impak yang terbaik dalam medan bagi meluaskan
dan melahirkan masyarakat malaysia yang berjiwa besar dan hebat, bukannya berjiwa fasik dan pentingkan perut dan kuasa semata-mata.

Thursday, October 4, 2007

Korban 1428h

Assalamualaikum Wbt

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Sebulan ditarbiyah bulan berkat bakal melahirkan insan yang bertaqwa
melahirkan unsan tabah
melahirkan insan berkualiti
melahirkan pejuangyang terus berbakti sepangjang hayat

Idul fitri lambang kejayaan
bukti kemenangan
sambutlah dengan keimanan

Idul Adha...menggamit kenangan
Nabi Allah Ibrahim bersama putranya Ismail
Pencetus budaya berkorban
kerana mengharapkan mardaa Ilahi.