ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Wednesday, March 26, 2008

Kuliah ekonomi




BN....barang naik.
Bila naik?
Baru naik.
Berapa naik?
Banyak naik

BN

Beras naik
Bawang Naik
Bahan api Naik

BN

Belanja Naik
Barang dapur naik

Firman Allah yang mafhumnya"

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Az Zumar " 10

Oleh itu , sebagai rakyat dan pengguna beriman.
Waspada, berjimat,berhati-hati dalammengurus rezki Allah.
jangan ikut rasa, jangan ikut nafsu.
Bertaqwalah kepada Allah.

Oleh itu wahai pemimpin yang beriman.
Waspada,ingat, berhati-hati dalam mengurus harta dan khazanah amanah Allah kepadamu

Urus ikut Syariat,urus ikut Etika Islam,urus dengan taqwa.
Allah melihat,malaikat melihat, bahkan Bumi melihat dan kamu akan dipersoalkan nanti.

Ya Allah, aku pohon perlindungan dari segala kesusahan dunia dan Akhirat.

Amin Ya Allah.

MUSIBAH ITU UJIAN




Pagi 2.30 pada 7 Mac 2008, ketetapan berlaku.Aku dan family bersama dengan "unser"ku, terbang membelah kesepian pagi dengan berendam dalam parit dibawah jambatan Kg Tok Dor, jertih.
Kata orang , nasib baik...sebab , cedera tak seberapa.Alhamdulillah.Tetapi bila kereta dan penumpang terbang..dah tentulah ada kesannya.
Mudah mudahan, peristiwa ini menjadi ingatan dan keinsafan buat diri ku , bahawa, kita manusia hanya merancang, kita lemah, kita tiada daya upaya...
Allah maha berkuasa menentu segalanya. Kita hanya mampu berikhtiar..

inilah beberapa photo "unser" yang terbang bersama kami sekeluarga.

Tuesday, March 18, 2008

sejarah

Maulidur Rasul

لقد كان لكم في رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجواالله واليوم الاخر وذكر الله كثيرا

Sekilas pandang.Cerita Mo’lud...lama dah kita dengar,mungkin ada yang jemu,tetapi cerita labu labi , tak jemu....ini bermakna orang tu sakit, hatinya sakit,sebab labu labi cerita bohong, maulidur Rasul cerita benar Allah pengarangnya...Cerita ni dari qur’an....benar belaka...

Justru itu marilah kita menghayati cerita ini.

Perkataan IRHAS

Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.


Kalau tanah kering jadi subur...kita ????

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (SaW). nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang

MENURUT PERSPEKTIF ULAMA’

Kegembiraan ilmuwan Islam meraikan Maulid Nabi s.a.w. juga banyak dipaparkan.

1/Di antaranya Hasan al-Basri pernah berkata,” Sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk meraikan majlis membaca Maulidur Rasul s.a.w “.

2/Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata,” Sesiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul s.a.w dan membesarkan kedudukan baginda, maka ia telah mencapai kejayaan iman “.

3/Ma’ruf al-Kurkhi berkata,”

Sesiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidur Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w., maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga ‘Illiyyin (tinggi)”.

4/Imam al-Yafi’e berkata.” Sesiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada’ dan solihin dan berada di dalam syurga Na’im”.

5/Sirri al-Siqti berkata,” Sesiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.,”.

6/Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,” Sesiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,”.

Katanya lagi,” Tidak ada seorang muslim yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. melainkan Allah mengangkat kemarau, waba’, kebakaran, bala, hasad dengki dan dijauhkan pencuri dari ahli rumah tersebut. Maka apabila ia mati, Allah akan mempermudahkan baginya menjawab soalan Munkar dan Nakir,”.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Maulidur Rasul

HUKUM MAULID

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama€ ¦’² yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah

1/Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".


2/ Syeikh Atiah Saqr:
¦’³Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid€ ¦’²ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.€ ¦’´

3/Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
€ ¦’³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦’²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid€ ¦’²ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid€ ¦’²ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.€ ¦’´

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:


1) Allah berfirman:

فالذين امنوا به وعزروه ونصروهواتبعوا النور الذي انزل معه اولئك هم المفلحون


Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung. - Al-Araf: 157
Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:

وذكر هم بايام الله


Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.’´-Ibrahim. Ayat 5
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam menafsirkan ”hari-hari Allah ¦’iialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah.

Al-Alusi dalam Ruh al-Maani menjelaskan lagi dengan katanya

¦’³kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.’´

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

قل ات كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم والله عفور رحيم

Katakanlah ”Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

اليوم اكملت لكم دينكم واتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الاسلام دينا

PENGAJARAN/IKTIBAR

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad saw waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dantabah. ,

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan.

3.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.


4.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firmanALLAH;


"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w sekurang-kurangnya memiliki 8 ciri .

1.Mentauhidkan ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T:

ولقد بعثنا في كل امة رسولا ان اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت

"Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan jauhi Taghut." – Surah al-Nahl: 36.

Maksud mentauhidkan ALLAH adalah beribadah hanya kepada ALLAH sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun.

Oleh itu, untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w, kita hendaklah menghindari amalan-amalan syirik seperti menyembah berhala, mengikhlaskan ibadah kita hanya kepada ALLAH, berdoa hanya kepada ALLAH tanpa perantaraan (wasilah) bertawassul di kuburan para wali,

Mentaati hukum-hakam ALLAH serta berlepas diri daripada hukum buatan manusia yang tidak selari dengan syarak, tidak memakai tangkal, tidak bertilik nasib, tidak berjumpa bomoh, tidak mengingkari nama-nama dan sifat-sifat ALLAH dan lain-lain lagi.

2.Mempelajari al-Qur’an, Memahaminya, Mengamalnya dan Menyebarkan Ajarannya.

Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w. merupakan al-Qur’an al-Karim yang merupakan aset utama baginya dalam menyebarkan Islam. Di antara tanda-tanda mencintai Rasulullah s.a.w. adalah dengan memanfaatkan al-Qur’an di dalam segala aspek kehidupan kita. Al-Qadhi Iyadh r.h menyatakan:

Di antara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalahmencintai al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dan baginda s.a.w. mengambil petunjuk, membimbing [manusia] dengannya serta berakhlak dengannya, sehingga ‘Aisyah menyatakan:

Sesungguhnya akhlak baginda s.a.w. adalah al-Qur’an. – Hadis Riwayat Muslim, no: 1233.

Ibnu Mas’ud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Qur’an. Apabila dia mencintai al-Qur’an, maka dia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya. – Huquq al-Nabi, jilid , ms. 343.

Untuk merealisasikan makna mencintai al-Qur’an maka hendaklah kita mempelajari dan memhami isi kandungan al-Qur’an. Setelah itu hendaklah kita beramal dengannya serta menyebarkan pengajaran yang terkandung di dalamnya kepada seluruh umat manusia.

3.Mentaati Sunnah Nabi s.a.w.

Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi s.a.w wajib diikuti dan diteladani.

Firman ALLAH S.W.T:

لقد كان لكم في رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجواالله واليوم الاخر وذكر الله كثيرا

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.

Mentaati sunnah Nabi juga bermaksud menghindari amalan bidaah. Bidaah seperti yang didefinisikan oleh Imam al-Syathibi r.h ialah:

"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah dan tujuan mengamalnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada ALLAH." -

Sabda Nabi s.a.w:

"Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu." - Hadis riwayat Muslim, hadis no: 2363.

Bidaah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual-ritual agama baru yang tidak pernah diajar atau diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Seluruh bidaah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan pengamalannya adalah sia-sia kerana ia tidak diterima oleh ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah), setiap perkara yang diada-adakan termasuk kategori bidaah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." - Hadis riwayat Muslim, hadis no: 867.

Oleh itu, memerangi amalan bidaah merupakan satu bukti yang menunjukkan kecintaan kita kepada sunnah Nabi s.a.w. Sebaliknya, mengamalkan amalan bidaah menggambarkan pengkhianatan kita kepada baginda. Imam Malik r.h berkata:

"Sesiapa yang mencipta bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w mengkhianati risalah. Ini kerana, ALLAH telah berfirman:

"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu." – Surah al-Maidah: 3.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan amalan-amalan bidaah walaupun ia nampak baik dan bertujuan mulia. Ingatlah pesan Abdullah bin Umar r.a:

“Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bi’dah tersebut) hasanah (baik).” –.

4.Menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi s.a.w bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda. Malah, antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia. Sabda baginda s.a.w:

"Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 3461.

5.Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya selalu mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi menyelamatkan umatnya dari kesesatan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda .

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya.

Firman ALLAH S.W.T:

ان الله وملاءكته يصلون على النبى يا يها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

"Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA berselawat kepada Nabi. (Oleh itu) wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan." – Surah al-Ahzab: 56.

Sememangnya, berselawat kepada baginda disyariatkan dalam pelbagai ibadah seperti tasyahhud dalam solat, khutbah, solat jenazah, sesudah azan, saat berdoa, saat namanya disebut dan pelbagai kesempatan lain.

6.Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w.

Antara tanda cinta seseorang kepada Nabi s.a.w adalah mencintai mereka yang dicintai oleh baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan para sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." – Hadis riwayat Muslim, hadis no: 2541.

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang hampir sahaja utusan TUHANku (malaikat maut) datang menjemputku lalu aku memenuhinya. Aku akan meninggalkan kepadamu tsaqalain (dua perkara yang berat):

Pertama, Kitabullah yang berisi petunjuk dan cahaya. Berpegang teguhlah kepada Kitabullah. Baginda menganjurkan atas Kitabullah dan motivasi untuk itu,

Kemudian baginda bersabda: Dan juga ahli baitku. Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku, aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku." - Hadis riwayat Muslim, hadis no: 2408.

Secara logiknya, sesiapa yang mencintai seseorang dia juga akan mencintai apa yang dicintai oleh orang yang disayangi. Hal ini dikuatkan dengan dalil berikut:

"Sesungguhnya sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan mencintai segala yang disukainya, yang serupa dengannya dan segala yang ada kaitan dengannya." - Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari karya al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani.

7.Membenci Orang Yang Dibenci Oleh Nabi s.a.w.

Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi ALLAH dan Rasul-NYA seperti golongan yang kufur kepada agama ALLAH, menyelisihi sunnah Nabi s.a.w., mengerjakan amalan bidaah, khurafat, tahyul, syirik dan lain-lain perbuatan yang bertentang dengan syarak. Firman ALLAH S.W.T..

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, ALLAH telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-NYA; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. ALLAH redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-NYA. Merekalah penyokong-penyokong (agama) ALLAH. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) ALLAH itu ialah orang-orang yang berjaya. – al-Mujadaalah: 22

8.Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik.

Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, ukum-hakam ALLAH serta sunnah-sunnah baginda s.a.w sedang hebat diperlekehkan oleh kelompok-kelompok munafik seperti gerakan Islam liberal, golongan anti hadis, para orientalist dan kelompok sesat yang lain.

Oleh itu, antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." - Hadis riwayat Muslim, hadis no: 1789.

ALLAH akan sentiasa menghargai mereka yang membela agama-NYA dengan memberi pertolongan kepada mereka.

Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya ALLAH pasti menolong mereka yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." – Surah al-Haj: 40.

Demikianlah beberapa tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Jelas di sini bahawa hakikat mencintai Nabi s.a.w bukanlah satu perkara yang datang hanya setahun sekali, iaitu pada tarikh 12 Rabiul Awal sahaja atau dengan hanya menganjurkan upacara-upacara tertentu sempena maulidur rasul. Malah, mencintai Nabi Muhammad s.a.w adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika. Jelas juga kepada kita bahawa antara ciri-ciri utama golongan yang benar-benar mencintai baginda adalah mereka yang sentiasa berusaha menegakkan sunnah serta menentang bidaah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Semoga sambutan maulidur rasul , benar-benar akan menggambarkan hakikat sebenar kecintaan umat Islam di negara ini terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan menyisihkan segala amalan-amalan bidaah yang dikhususkan sempena sambutan hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat

Firman ALLAH S.W.T:

النبي اولى بالمؤمنين من انفسهم وازواجه امهاتهم

"Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan bagi orang-orang yang beriman berbanding diri mereka sendiri. Isteri-isteri mereka, ibu-ibu mereka.." – Surah al-Ahzab: 6.