ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Tuesday, September 30, 2008

MINAL AAIDIN WAL FAA IZIN WA ANTUM FI KUULU AMM BIKHAIR






Hari ini 1 Syawal.Alhamdulillah,selepas Solat Jamaah Suboh, kami sekeluarga bertakbir di Surau Hidayah Peradong.

Sebelumtu solat isyak di Markas Bersama Dato' Harun Taib.
Tahun ni kami beraya tidak macam tahun lepas kerana CIK tak berapa sihat, al maklumlah Usia nya mencecah 80 th.

Pagi tu lepas takbir , kami bersarapan beramai-ramai, semua adik beradik ada, cuma adik kat Kemaman dan segamat je tak balik lagi .yang lain dari Perlis, dari KL semua ada, itulah kemeriahan hari raya , mengeratkan Silaturrahim.

SMS pulak macam-macam sebagai pengganti diri,bermaaf maafan
antaranya" Tangan ku hulur tak kesampaian,senyum ku ukir tak kelihatan, SMS ku kirim tanda ingatan,D' Aidil Fitri bermaaf maafan,Selamat hari Raya , Maaf zahir dan batin dari Zainol dan Ina sekeluarga".dan banyak lagi, yang pentingnya keikhlasan dan memohon kemaafan dan tanda ingatan persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah.

Sekarang ni kami bersiap untuk solat hari raya
"Sahaja aku sembahyang sunat hari raya Idul Fitri 2 roka'at ikut Imam kerana Allah Ta'ala.
InsyaAllah lepas ni sambung balik.

wallu A'lam.

Tuesday, September 23, 2008

RAMADHAN KIAN MENGHILANG


Hari ini 23 Ramadhan.Malam ke 24.Orang kata laylatul Qadr malam ganjil sahaja.Apakah malam ni tidak perlu beribadat ?.mana mungkin, ibadat bukan boleh pilih-pilih" kata ustaz syakirin dalam tazkirah Ramadahan nya .
Aku setuju dengan keterangan ustaz tu, Kita sebagai hamba Allah , tiada yang kita lakukan semuanya kerana Allah, setiap masa dan saat adalah untuk Allah.

Memang , bila dah terlalu lama dengan sesuatu benda kita jadi macam biasa , dah tak kisah.Inilah yang aku bimbang dengan ramadhan ni. Pada awal dulu, hai bukan main semua orang bersungguh sungguh menghadirkan diri ke Masjid dan Surau. Tetapi bila dah lama, mulalah beralih ke Pasar raya, kedai-kedai dan macam macam lagi kerana nak menyambut Hari raya.

Inilah bentuk tipudaya yang merosakkan ibadat kita.Jangan kita ulangi.Apa-apa pun utamakan ramadhan dahulu, lepas tu Rayakan Syawal dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, kerana berjaya menghadapi rintangan dan kesabaran kita menghasilkan kemenangan mengawal nafsu dan kesombongan kita , insyaAllah, mudah mudahan Allah memberikan kita " Taqwa".

Wallahu a'lam