ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Saturday, December 27, 2008

AKHIR TAHUN 2008


Bersama turut mengiringi


Antara peserta di Manjung

Daftar nama

Bas yang akan ke Kem Tegas Mesra Selama
Hari ini 27 Dis 08-

Anak nombor 3 ku kena ke PLKN di Selama.Dijanggka bertolak dari stesen bas Manjung jam 9.30 pagi,tetapi kena berada di sana jam 8.00 lagi.
Alhamdulillah setelah menunggu beberapa lama bas yang akan ke Kem Tegas Mesra pun bertolak jam 10.30 pagi.
Mudah-mudahan selamat .

TARIKH PROGRAM

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 1 siri 6 bagi tahun 2009
pada 27 Disember 2008 - 11 Mac 2009

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti
serta layanan pelanggan seperti berikut:

1. Bersedia memberi layanan yang mesra kepada pelanggan di
kaunter perkhidmatan tidak melebihi 30 minit.

2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) sekurangkurangnya
enam (6) minggu sebelum pendaftaran pelatih.

3. Menyampaikan kelulusan sementara bagi permohonan
Pengecualian, Penangguhan dan Pembaharuan Penangguhan :
Sebaik sahaja permohonan lengkap diterima di kaunter &
tujuh (7) hari bagi permohonan secara bertulis.

4. Membuat hebahan pusat berkumpul kemasukan dan menurunkan
pelatih tujuh (7) hari sebelum pergerakan.

5. Membayar khairat kematian dalam tempoh 24 jamdan pampasan
insurans tidak melebihi tiga (3) minggu setelah menerima
permohonan lengkap.

6. Melahirkan remaja yang mempunyai sifat patriotik, sukarelawan,
toleransi dan berkeperibadian murni.

7. Memastikan prasarana di kem PLKN sentiasa dalam keadaan
selamat dan selesa digunakan.

8. Menjelaskan pembayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh penerimaan.

9. Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan
adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh
berikut :

Akuan penerimaan dalam masa tiga (3) hari
Maklumbalas awal dalam tempoh empat belas (14) hari
Laporan status aduan dalam masa dua (2) bulan

Ingat.

Antara sifat orang munafik ialah berjanji tetapi mungkir..
mudah mudahan anak ku dan semua peserta PLKN akan menjadi warganegara yang baik untuk agama dan Ummahnya.

Sunday, December 21, 2008

MEMBINA LELAKI

Tip untuk menjadi suami yang dikagumi
Published by Admin on Sunday, December 21, 2008 at 9:07 AM

Maksud firman Allah: An Nur : 62


"Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Utk di kongsikan bersama....

Kredit kepada penulis( Petikan dari Isu Hangat )

Wassalam

Friday, December 19, 2008

CUTI - CUTI KAT KAMPONG





17 Dis 08-
Di musim cuti kali ini , agak panjang, jadi adalah masa dan peluang menjelajah sedikit
ruang kampong, termasuk ke pantai, yang berbetulan " Airport nya berjuntai ke laut" dan
kalau di daratnya melangkah jalan raya Wakaf Tembesu ke Gong Badak.


Menyusuli Pak Tuyu ke Wakaf Tengah,didalam usaha mencari keropok keping, terdapat beberapa Chalet, dan deretan kedai, dan kedai yang begitu di kerumuni pengunjung ada
4 buah yang semuanya kedai jual makanan laut bergoreng, termasuklah sotong goreng,
ikan goreng dan semuanya digoreng "bertepung".


Di waktu begini memang ramai orang yang turut berkunjung , tetapi yang tak sedap tu ,
waktu maghrib pun masih ada yang lepak bukan pada tempatnya.


Justru itu walaupun kita bergembira menikmati Alam ciptaan Ilahi, marilah sama-sama menginsafi Hadirkanlah diri mendengar kuliah di Masjid atau yang boleh mendatangkan keinsafan.

Dalam satu artikel untuk dikongsi bersama:-

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:

"Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w:

"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -

(Surah an-Naba':18)


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya.
Lalu Baginda menjawab:


"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri....
Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN 1.
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu
adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 2.
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha
pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka
inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


BARISAN 3.
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN 4.
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut
mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


BARISAN 5.
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w
menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang
Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 6.
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN 7.
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar
nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian
di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah
neraka..."


BARISAN 8.
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas.
" Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.."


BARISAN 9.
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam
diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."


BARISAN 10.
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan
kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN 11.
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti
tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur
memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 12.
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan
banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara
solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Wassalam.

Monday, December 15, 2008

SIIRU FIL ARD- BERJALANLAH DI MUKA BUMI


Rakaman dari jambatan kat Duyong

Bersama Ustazah Kat Tok Jiring
Silaturrahim

Walid dan Akhi Fauzi

Allah matlamat kami

Walid kita
Akhi Fauzi dan anak-anak
Keluarga Akhi Fauzi ke Tok Jiring

Mafhum firman Allah: Ali Imran : 137
Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah[230]; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

[230]. Yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul.

Tanggal 15 dis 08, sahabat dari Lumut singgah kat Tok jiring dalam perjalanan nya dari Lumut, Kota Bharu, Terengganu , Kuantan dan ke Kluang Johor.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Swt. mengalakkan umat Islam supaya bermusafir dan berjalan di atas muka bumi : antaranya-

a.Untuk mencari ilmu.
b. Mencari rezki Allah.
c. Merapatkan silaturrahim.
d. Berjihad.
e.Menunaikan perintah Allah.
f.Mencari pengalaman dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.
g.Mengembangkan agama Allah.
h.Menziarahi ibu bapa dan kaum kerabat.
i.Melihat kesan-kesan sejarah, mudah mudahan sebagi iktibar.

Di antara adab-adab berjalan yang biasa di ajar oleh orang tua ku:

a. Nawaitu Limardhaatillah.
b.Melihat sesuatu yang pelik dan mengkagumkan , pujilah Allah.
b.Tidak mengabaikan ibadat pokok seperti Solat,Menjaga kehormatan dan pandangan.
c. Menjaga adab dan pergaulan.
d.Berhati-hati dan berwaspada semasa di dalam kenderaan.
e.Menjaga kesihatan dan selalu berdoa.
f .Mengunjungi Rumah Allah.
g. Menziarahi sahabat yang berhampiran.
h.Mengunjungi tempat-tempat yang mendatangkan keinsafan.
i. Bertawakkal kepada Allah
j.Sentiasa tenang dan berfikiran terbuka.

Wassalam.

Friday, December 12, 2008

photo sepanjang jalan

Wudhu dari pokok

Rehat di tepian denai

Panorama berkabus

Penglihatan terbatas di simpang pulai cameron Highland

Indahnya Ciptaan Allah


Sepanjang jalan kenangan


Ini lah Teksi KT sekitar Tanjung

Ni Pulak Telor penyu..mak dia bukan kat Rantau Abang tapi kat indon !!
Ni kat depan pejabat Pos Besar KT

Kat waterfront KT

Kraftangan Cek Da.

PHOTO KITARAN HIDUP INI















Kat kampong Sekitar kedai payang













Cik kita usia 80+

PHOTO KENANGAN DIS 08






CATATAN PERJALANAN

8 Dis 08- Eidul Adha.Solat di MADAH Sri Manjung
9.30 - Ke IKM Lumut,menyembelih 3 ekor lembu korban.
10.30-Ke Surau An Nur Fasa 1 D1, sembelih lagi 4 ekor lembu korban.
11.00- ke MADAH untuk merakamkan suasana majlis qurban sebanyak 13 ekor lembu.
11.00 - 1.30 - Di IKM lumut semula untuk mengurus urusan pemotongan dan pembahagian daging qurban mengikut yang dibincangkan sebelum ini.

2.00 petang -Selepas solat zohor, bersiap untuk pulang ke Terengganu.
Kereta Unser ku isi sebanyak RM60.00 di Shell Bota, terus menuju ke Simpang Pulai, singgah sekejap kat Cameron Highland,beli sayur dan sedikit buah tangan untuk kat kampong nanti.Di dalam perjalanan kami terpaksa sangat hati hati, kerana kabus yang sangat tebal, pemandangan kami amat terhad.Anak sulong kami sempat merakam beberapa gambar , suasana yang begitu menarik, tetapi bahaya..
Tiba di kawasan rehat " tah apa ke nama" lepas sekolah kebangsaan Pos Brook,jam 5.00 petang kami berhenti solat Asar qasar.

Sampai di Gua Musang jam 7.30 malam dan singgah kat Shell minyak di Chiku , isi Rm70.00, kemudian terus menghala ke Felda Aring, hari semakin gelap dan hujan gerimis, Alhamdulillah anak-anak membantu membaca "singboard"yang kelihatan pudar, apa lagi didalam kegelapan malam dan tanpa kenderaan lain melainkan hanya boleh dibilang dengan jari je..

Habis je liku-liku di Felda Aring kami tiba ke Jalan Gua Musang ke Kuala Berang,Terengganu.Lega...tetapi kami perlu lagi hati-hati,jalan yang gelap dan asing bagi kami dan terdapat ratusan lembu berpesta dijalan, almaklumlah mungkin dengan lepak kat jalan tu, selamat dari binatang buas atau dapatkan kehangatan jalan raya dari kedinginan malam...lembu pun ada fikir tau?

Di sini walaupun tiada kenderaan , tetapi masalah lain pulak.Jalan banyak berlubang, dan ada sedikit lencongan, kerana jalan runtuh.
Jam 9.00 malam sampai kat Masjid kampong Tengkawang, Alhamdulilah, lampu terpasang dan kami boleh solat Isya' dan Maghrib jamak Ta'akhir.

Jam 10.30 kami sampai di kampong Peradong, kampong tempat aku dilahirkan 48 tahun yang lalu. Kebetulan adik di Johor dan Perlis dah ada bercuti bersama keluarga masing-masing.


Anak-anak ku sangat lah seronok , kerana mereka dapat pulak belajar Kraf tangan , membuat anyaman dari kertas gulung, macam-macam boleh buat.dan yang lebih penting dari itu ialah dapat bertemu muka semua keluarga, terutama Mak dan Cik.
Alhamdulilah, Cik dan Mak okey sihat ( ala orang tua), cuma Cik je , segala-galanya kena di bantu.

Di kampong kami Alhamdulillah, boleh Solat berjamaah di Surau setiap waktu, almaklumlah surau tu merupakan Surau Wakaf Cik dan Mak ditanah milik mereka, dan terletak ditepi rumah je...Mudah-mudahan Allah terima wakaf mereka dan perlu di ma’murkan.

9 Dis ( selasa )-Ada korban kat rumah anak Pak Endut,besan kepada Mertua aku,dekat Air port baru Kuala Terengganu.Disitu dapat jumpa saudara sebelah isteri.
Kemudian balik dan dihadiah nya se ekor arnab, binatang kesukaan anak lelaki ku.

10 Dis ( Rabu ) Habiskan masa kat rumah, sempat Tuition dengan adik perlis,tentang ilmu Blogs...
11 Dis ( Khamis ) Pergi ke Hospital ( lama)Kuala Terenganu , untuk Medical chekup, anak ku yang yang ke tiga, terpilih ke PLKN di Selama Perak.
Tetapi setelah berjumpa dengan "tempat bertanya" katanya isi semua borang kuning tentang penyakit yang di hidapi, jika semua ok...tak payah jumpa doktor, terus lapor je kat Kem nanti...gitttu pulak!!! Senang bebenor...bisik hati ku.. kalau tahu begitu tidak payah lah datang ,buat membazir minyak je, datang 20 KM dari kampong ,dan dia pesan lagi , kalau ada kawan-kawan yang lain , pesanlah gitu juga...Hai inilah antara kerenah PLKN yang menyusahkan.

CATATLAH TERANG_TERANG APA YANG PERLU DAN APA YANG TAK PERLU ATAU SANGAT PERLU....KAN SENANG ( pinjam iklan TV 9 )

Lepas tu pergi ke kedai gambar untuk borang PLKN ,Sebuah kedai "Sakura" kat Bas Stand Kuala Terengganu,RM12.00 untuk 4 keping tempoh 1 jam.Kalau nak " Slalu " RM18.00 .

Jadi sementara menunggu 1 jam tu, kami bersiar di sekitar Tanjung, parking Unser kat tepian ShahBandar, melihat Projek gali muara sungai Terengganu yang entah , bila siapnya.

Kemudian menyusul tepian waterfront...kelihatan anak-anak muda lepak-lepak dan bermain motor.

Terus kami melalui Pejabat Pos Besar dan kemudian ke pasar Kedai Payang.Ha di sini kami membeli kerepok getel dan Telor penyu RM26.00 untuk 10 biji.

Pas tu cadangan daripada anak-anak,untuk naik "teksi"ke tempat kereta, sewa 2 buah ,dalam perjalanan Tuan beca "teksi "katanya "MB le ning payah nak juppa, kalu dulu gi je masjid Rusila , juppa sokmo"dan katanya lagi "piliharaya P36 ni kalu nak benang kena ikut kelantan,orang pun orang luarlah sebab nabi kita pun orang luar"...hebat orang tganu ni , itu baru Tukang beca...

Lebih kurang 20 minit kami pun sampai kat tempat parking kereta, lepas bayar tambang, "hadiah" RM20.00 untuk 2 teksi. dan terus ke kedai gambar.

Lepas itu , kami beredar ke Hyper Market “ SABASUN” Satu-satu nya kedai yang ada lebel “ Boikot barangan Israel” kedai hebat yang perlu dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia yang bencikan keganasan.

12 Dis ( Jumaat ) Aku hadiri kuliah Jumaat Dato' Harun Taib di Markas Tarbiyah, Kubang lembek ,di sini adalah” center of Knowledge”pusat ilmu :

Ada sekolah peringkat rendah, peringkat menenengah, Diploma dan ada Pra Universiti. Hari tu beliau tidak ada dan di ganti oleh Ustaz Din .Tajuknya " Tanam Bunga Manggal " sempena musim orang kahwin.... mengikut kaedah Syara'.

a.Nikah Sunnah Rasulullah.
b.Tunaikan tanggungjawab kerana Allah.

c.Ibu bapa bertanggungjawab mengurus Walimah.
d.Rasa kasih sayang adalah anugerah Allah.
e.Didiklah anak-aanak memahami syariat.
f.Qur'an dan Sunnah adalah panduan Hakiki.

"Binalah keluarga agar menjadi Rumahku syurgaku"

Diwaktu petang pulak macam biasalah selain memandikan Cik , ada aktiviti mesra keluarga dan melayan kerenah anak-anak saudara yan ramai dengan pelbagai permainan tradisi kami semasa kecil-kecil dahulu yang mereka tidak sempat menikmatinya , maklumlah mereka dibesarkan dihutan batu, kami dibesarkan di hutan rimba...tetapi adakala Tarbiyah ala hutan rimba lebih hebat dari hutan batu..apa pendapat korang ?

Hari ni Sabtu ( 13 Dis ) Kalau tak gi pasar Manir, tak sah so kami bersiap untuk kesana ....

hingga ketemu lagi....

Wassalam.