ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Thursday, June 26, 2008

HARI AKHIR KURSUS ESQ -3



Hari akhir 27 jun 2008.Tajuk lebih kepada Tazkiatul Nafs,dibawah bimbingan Dr Hj Sulaiman Al Baruhy.

Firman Allah Ar Ra'd :28 bermaksud:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "

InsyaAllah akan di amalkan.

Tuesday, June 24, 2008

UNDANG-UNDANG ALLAH


Firman Allah: An Nuur: 31

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Alhamdulillah,Maha benarlah firman Allah lagi maha agung, perintah Allah yang bermaksud,
"Sesungguhnya Aku telah menjadikan manusia di Bumi Sebagai Khalifah"

Mudah-mudahan kesedaran kepada Islam yang Syumul , bukan Islam Hadhari dikalangan pimpinan dan rakyat seluruhnya membuahkan lagi lebih banyak kebaikan Islam dalam semua urusan.

Kelantan " serambi Makkah" Jazakallah Tok Guru, dan semua rakyat yang mengundi kepada kemenangan Islam, antum semua orang yang akan mendapat keampunan dan pertolongan Allah.

Teruskanlah dan kami dari seluruh negara akan merindui sistem ini agar dapat diaplikasikan secara keseluruhannya suatu masa nanti, bukan sahaja untuk rakyat Kelantan tetapi Malaysia khususnya dan Dunia amnya.

KURSUS ESQ


Firman Allah: surah An Nuur : 35

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. "


Hari ke-3 diLangkawi, 25 jun 08.Kursus memberi penekanan kepada soal kecegasan yang perlu ada bagi setiap para pendidik.Kalau dahulu manusia sibuk dengan IQ( Kecergasan Otak), kemudian EQ( Kecergasan Emosi ), tetapi kini memilih SQ( Kecergasan Rohani ).

Walau bagaimana pun didalam Islam dah lama ada, semenjak 1,400 tahun yang lalu.Walaubagaimana pun kursus ini sebagai satu usaha untuk mengembalikan semula kekuatan ini agar dapat di manfaatkan secara yang bersepadu didalam kehidupan kita, InsyaAllah.

Monday, June 23, 2008

EMOTIONAL SPIRITUAL QUOCIENS

Firman Allah bermaksud:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar Rahman :28

Allah mengulang-ulang sebanyak 31 kali.


Kali ini aku ditakdirkan untuk menghadiri kursus kecemerlanagnkepimpinan pengajar pendidikan Iislam Modul 3 :ESQ( Emotional Spritual Quociens )Ya ke tidak ejaan pakat -pakat baikilah, tetapi aku difahamkan bahawa ianya bermaksud satu kursus bagi menerangkan betapa pentingnya kecerdasan Emosi,Rohani dan Aqal digabungkan secara bersepadu bagi memantapkan setiap amal kita khususnya bagi dunia pendidikan.Apa lagi bagi mendidik dan mentarbiyah jiwa kita khususnya umat Islam bagi mencapai konsep Al falah samada di Dunia atau Akhirat.

Ini baru satu slot pada hari pertama .InsyaAllah bersambung selepas ini.

Oh ya klip di bawah ini menunjukkan ketakutan dan kekerdilan manusia berhadapan kuasa Ilahi., ombak mengganas ,dan boat terumbang ambing dipukul ombak besar semasa berada didalam Feri dari Kuala Kedah menghala ke Langkawi.Tambang RM23.00 jam lebih kurang pukul 5.00 petang.Bayaangkan perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit, lebih kurang 1 jam dalam keadaan cemas...Alhamdulillah akhirnya semat dengan izin Allah.

Thursday, June 19, 2008

QONAAH 2


Semalam musibah menimpa,kita sebagai makhluk mesti redha.Dah 2 malam aku tangguh kuliah maghrib.Bukan ape kerana Keuzuran yang tidak dapat di elakkan.Maaf kepada jamaah surau Taman Sri Lekir dan Kg Bt 7 kg tersusun Lekir.

Pagi tadi isteri ku tumpang member, jazakalah kepada nya yang sanggup luaskan kereta nya untuk isteriku, mudah mudahan allah luaskan rezki kepadanya.

Anak-anak macam biasa aku hantar.

Lepastu lebih kurang pukul 8.45 pagi , ku hantar "Kelisa" tu ke bengkel Kg Koh.Runding punya runding, katanya RM650.00 siap hari rabu.

Apa nak kata , terima je lah.

Ya Allah engkau maha mengetahui dan maha melihat.Kurniakanlah kebaikan dan keberkatan kepada kami sekeluarga.

Amin Ya rabba 'alamin.

Wednesday, June 18, 2008

QONAAH


Petang Rabu 18 Jun 08 jam 5.55 petang.Kereta walidku dibawa oleh anak ku dilanggar oleh motor ni , Seorang wanita bersama 2 anaknya, kesian juga tengok naknya nangis, tetapi apa kan daya , benda dah berlaku.....dipersimpanganFasa 1 D 2.

Kereta kelisa tu, pecah cermin kanan belakang, dan pintunya kemek .

Setelah berbincang...suami nya tak nak kompromi( tamn Mas 2 )...nak wat macam mana, harapan ku kot kot boleh pakat kongsi bayar, tapi cadangan ku disalah anggap dan DIA marah marah, dan katanya 'nak repot, repotlah!!!!".

setelah bincang dengan rakan-rakan, aku pun pergi kat balai Polis Lumut , jam 10.30 malam.Rupanya Suami wanita tadi dah pergi dulu buat laporan kat Sjn bertugas "Sarjan Saberi",apa dia bincang tak lah aku tahu tetapi Sjn Saberi Nasihat kan tak payah repot, mudahkan urusan , kalau tidak bayar repot pun dah RM300.00.( ini lah undang-undang Dunia!!!!!! Zalim)

Aku pun tak nak banyak cerita, akur je lah ,nampaknya betullah kata hatiku tu.Tak ape lah,Redha jelah ini ketentuan Allah. ni lah dugaan, dalam keadaan minyak dan barang naik ni , kena keluar duit pulak untuk repair kereta tu....aku halal je lah senang cerita... . Esok akan ku hantar kat kedai cina di kg Koh... Minta-minta bawah RM300.00.( tetapi sebenarnya meleset telahku tetapi RM650.00)1 minggu siap.

Esok terpaksa kongsi keretalah nampaknya, hantar anak sekolah dan hantar isteri ke sekolahnya.

Inilah ujian Allah...Ya Allah ampuni dosa kami semua.

Tuesday, June 17, 2008

IBLIS LAKNATULLAH



Mafhum Firman Allah dalam Surah Shaad:


Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan."

Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat)."

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka[1304].

Surah Shaad: 79 - 83

Pendapat ku:
a. Iblis menyebut Nama Tuhan dengan menyebut " Ya Tuhanku" kita manusia yang dikatakan baik ni, bagaimana ? berapa kali menyebut dan melafazkan kata " Ya Tuhan ku....

b.Iblis berdoa dan merayu kepada TuhanNya " Berikanlah aku tangguh", kita manusia yang mendakwa orang Islam,berapa kali kita berdoa,Bila kita berdoa, bagaimana kita berdoa, apa yang kita minta semasa berdoa, kita penuhi atau tidak pra syarat doa....

c.Sesungguhnya orang yang "Mukhlis" sahaja yang berjaya daripada di tipu dan menjadi barua Iblis laknatullah.

d.Nasihat buat diri,isteri , anak-anak , ibu bapa dan semua kaum Muslimin Muslimat, beramallah dengan Ikhlas, beramallah dengan ikhlas , beramallah dengan ikhlas. Ya Allah ya Tuhan ku, bantulah hambamu ini untuk istiqamah dengan amal yang soleh dan penuh dengan keikhlasan.Jauhkanlah daku , isteri, anak-anak , ibu bapa dan semua kaum Muslimin Muslimat,dari tipu daya iblis laknatullah.
Amin Ya Allah.

Wallahu 'Alam

SATU RENUNGAN


Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka."
Az Zumar " 8

Musibah dan mehnah sentiasa mengelilingi kita.Ni'mat dan bahagia juga sentiasa berada mengelilingi kita.

Justru itu mukmin muttaqin tetap menginsafi Takdir Allah.

" Maka setelah kamu berusaha dan berazam, maka bertawakkallah dan berserahlah keda Allah SWT."

Terimalah taubat ku ini Ya allah.
Jauhilah kami dari fitnah Dunia Ya allah
Berjayalah kami di dunia dan berjayalah kami di Akhirat dan selamat dari sksaan Neraka.

Amin Ya Robbila 'Alamin

Wallahu ' Alam.

Monday, June 16, 2008

MAQBUL DOA


Maksud Firman Allah :
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.

Ali Imran: 37

Pengajaran:

a. Ikhlas kan Doa kerana Allah.

b. Setiap amalan yang dilakukan mesti lah nawaitunya kerana Allah

c. Antara syarat doa di terima Allah:

Ikhlas,
Sumber makanan yang halal
Sentiasa menjaga lidah
Tidak derhaka kepada Ibu bapa
Tidak melakukan kezaliman
Sentiasa Beristighfar mohon keampunan kepada Allah.

d. Sentiasa dalam keadaan yang suci dan bersih zahir dan batin.

Wallahu 'alam

DOA IBU


Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

Ali Imran: 36
Pengajaran:

a. Anak merupakan amanah Allah,tak kiralah lelaki atau perempuan, yang penting didikan dan asuhan mestilah bersumberkan Qur'an dan sunnah.

b. Ibu bapa perlu menjadi mentor terbaik kepada anak-anak.Ibubapa yang sntiasa mendoai anaknya,mempunyai iman yang teguh dan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.

c. Berilah ilmu kepada anak-anak dengan memilih , siapa gurunya, apa ilmunya didalam persekitaran yang bagaimana.Mengukut ayat di atas , Mentornya nabi Zakaria,Tempatnya di Rumah Allah,Ilmunya untuk Ma'rifat Allah.

d. Sentiasa waspada daripada sebarang godaan Syaitan daan kuncu-kuncunya.Pengaruh hiburan,lakonan dan budayawaan yang jauh menyimpang dari Islam.

Justeru itu sentiasalah bersama dalam majlis-majlis Ilmu dan Al Qur'an sebagai panduan hidup.

Wassalam