ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Saturday, November 8, 2008

Perbincangan dan Ulasan dalam kuliah tafaqquh

Lawatan ke Pusat Khidmat DUN P.Panjang
Kuliah tafaqquh di MADAH
Antara pendengar Muslimin yang hadir

Komentar dan Perbincangan:

Ada seorang pendengar membuat komen kenapa setiap hujah tidak diberikan Nas dan dalil?

Penceramah menyatakan tidak semua hal perlu Nas atau dalil baru boleh di amalkan.Saperti makan dengan sudu, atau makan nasi ....apa lagi ketika menyampaikan kuliah secara umum, tetapi kalau dalam bentuk kelas khusus, usrah dan sebagainya , maka itu perlu dan sangat baik di perbincangan secara khusus. dan disertai hujjah dan dalil.

Soal seperti "kena mengucap semula" bermaksud semua orang kena sentiasa mengucap seperti kata nabi" Perbaharui Iman kamu dengan menyebut La Ila Ha Illa Lah"

Apa 4 tauhid?

1/ Tauhid Rububiyyah( Esakan Allah dalam politik, pengurusan dan pentadbiran )
2/Tauhid Uluhiyyah ( Esakan Allah dalam sudut Ketuhanan)
3/ Tahid Asma' ( Esakan Allah disegi nama)
4/Tauhid Assifat ( Esakan Allah di segi Sifat Allah )

Soalan dalam surah Yaasin:
Perkataan Kenapa aku tidak menyembah(Kata habibun najar) berdakwah dengan menggunakan hujah dan lojik antaranya " mengapa aku tidak menyembah yang mencipta aku ( uslub dakwah)Kita semua nya akan kembali kepada Allah

Komentar:

Suka dan marah kerana Allah?

Perkara Allah suka , tetapi kita benci, ini menyebabkan syirik.
Saperti Allah suka orang beribadat, tiba-tiba ada orang benci, ini menyebabkan jadi Riddah.

Allah benci orang yang menyengutukan Allah, tetapi kita suka menyengutukan Allah- ini jadi murtad.

Tauhid Uluhiyyah- Lengkap semua.Dia adalah awal agama dan akhir agama , kalimah yang sama , kematian pun di ajar kalimah yang sama.

Allah berfirman bermaksud" Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia , melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku"
Ini Tauhid Uluhiyyah-Kita di cipta atas dasar Tauhid Uluhiyyah.

Ibnu Taimiyah mengatakan " Tauhid inilah yang membezakan golongan mengtauhidkan ( Muwahhidin )Allah dengan golongan yang mensyirikkan ( Musyrikin )Allah"

Dalam tauhid Rububiyyah ,dari sudut pengakuan, orang kafir mengakui Allah bagi rezki, orang Islam pun kata begitu, nampak sama.

Tetapi dalam tauhid Uluhiyyah:

Dalam sabda nabi"Sesiapa yang meninggalkan Solat maka ia menjadi kafir yang nyata"-yang membezakan orang Islam dan kafir ialah Solat.

Mengaku sama,tetapi amalan tidak sama. inilah tauhid Uluhiyyah.

Orang kafir di negara kita tidak berapa jelas tetapi yang jelas nampak , di perkampungan Ortodhok. ( Mesir ).semua pakai tutup aurat, tetapi di dada ada salib. Kita berbual tentang beriman pada Allah mereka boleh cerita tetapi mereka tidak sembah Allah.

Sebab itulah ganjaran pahala dan dosa berdasarkan tauhid Uluhiyyah.
Tauhid Rububiyyah , Asma dan Sifat ialah tiori , adapun Tauhid Uluhiyyah ialah prektikal.

Wallahu A'lam

No comments: