ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Monday, June 16, 2008

MAQBUL DOA


Maksud Firman Allah :
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.

Ali Imran: 37

Pengajaran:

a. Ikhlas kan Doa kerana Allah.

b. Setiap amalan yang dilakukan mesti lah nawaitunya kerana Allah

c. Antara syarat doa di terima Allah:

Ikhlas,
Sumber makanan yang halal
Sentiasa menjaga lidah
Tidak derhaka kepada Ibu bapa
Tidak melakukan kezaliman
Sentiasa Beristighfar mohon keampunan kepada Allah.

d. Sentiasa dalam keadaan yang suci dan bersih zahir dan batin.

Wallahu 'alam

No comments: