ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Friday, December 12, 2008

CATATAN PERJALANAN

8 Dis 08- Eidul Adha.Solat di MADAH Sri Manjung
9.30 - Ke IKM Lumut,menyembelih 3 ekor lembu korban.
10.30-Ke Surau An Nur Fasa 1 D1, sembelih lagi 4 ekor lembu korban.
11.00- ke MADAH untuk merakamkan suasana majlis qurban sebanyak 13 ekor lembu.
11.00 - 1.30 - Di IKM lumut semula untuk mengurus urusan pemotongan dan pembahagian daging qurban mengikut yang dibincangkan sebelum ini.

2.00 petang -Selepas solat zohor, bersiap untuk pulang ke Terengganu.
Kereta Unser ku isi sebanyak RM60.00 di Shell Bota, terus menuju ke Simpang Pulai, singgah sekejap kat Cameron Highland,beli sayur dan sedikit buah tangan untuk kat kampong nanti.Di dalam perjalanan kami terpaksa sangat hati hati, kerana kabus yang sangat tebal, pemandangan kami amat terhad.Anak sulong kami sempat merakam beberapa gambar , suasana yang begitu menarik, tetapi bahaya..
Tiba di kawasan rehat " tah apa ke nama" lepas sekolah kebangsaan Pos Brook,jam 5.00 petang kami berhenti solat Asar qasar.

Sampai di Gua Musang jam 7.30 malam dan singgah kat Shell minyak di Chiku , isi Rm70.00, kemudian terus menghala ke Felda Aring, hari semakin gelap dan hujan gerimis, Alhamdulillah anak-anak membantu membaca "singboard"yang kelihatan pudar, apa lagi didalam kegelapan malam dan tanpa kenderaan lain melainkan hanya boleh dibilang dengan jari je..

Habis je liku-liku di Felda Aring kami tiba ke Jalan Gua Musang ke Kuala Berang,Terengganu.Lega...tetapi kami perlu lagi hati-hati,jalan yang gelap dan asing bagi kami dan terdapat ratusan lembu berpesta dijalan, almaklumlah mungkin dengan lepak kat jalan tu, selamat dari binatang buas atau dapatkan kehangatan jalan raya dari kedinginan malam...lembu pun ada fikir tau?

Di sini walaupun tiada kenderaan , tetapi masalah lain pulak.Jalan banyak berlubang, dan ada sedikit lencongan, kerana jalan runtuh.
Jam 9.00 malam sampai kat Masjid kampong Tengkawang, Alhamdulilah, lampu terpasang dan kami boleh solat Isya' dan Maghrib jamak Ta'akhir.

Jam 10.30 kami sampai di kampong Peradong, kampong tempat aku dilahirkan 48 tahun yang lalu. Kebetulan adik di Johor dan Perlis dah ada bercuti bersama keluarga masing-masing.


Anak-anak ku sangat lah seronok , kerana mereka dapat pulak belajar Kraf tangan , membuat anyaman dari kertas gulung, macam-macam boleh buat.dan yang lebih penting dari itu ialah dapat bertemu muka semua keluarga, terutama Mak dan Cik.
Alhamdulilah, Cik dan Mak okey sihat ( ala orang tua), cuma Cik je , segala-galanya kena di bantu.

Di kampong kami Alhamdulillah, boleh Solat berjamaah di Surau setiap waktu, almaklumlah surau tu merupakan Surau Wakaf Cik dan Mak ditanah milik mereka, dan terletak ditepi rumah je...Mudah-mudahan Allah terima wakaf mereka dan perlu di ma’murkan.

9 Dis ( selasa )-Ada korban kat rumah anak Pak Endut,besan kepada Mertua aku,dekat Air port baru Kuala Terengganu.Disitu dapat jumpa saudara sebelah isteri.
Kemudian balik dan dihadiah nya se ekor arnab, binatang kesukaan anak lelaki ku.

10 Dis ( Rabu ) Habiskan masa kat rumah, sempat Tuition dengan adik perlis,tentang ilmu Blogs...
11 Dis ( Khamis ) Pergi ke Hospital ( lama)Kuala Terenganu , untuk Medical chekup, anak ku yang yang ke tiga, terpilih ke PLKN di Selama Perak.
Tetapi setelah berjumpa dengan "tempat bertanya" katanya isi semua borang kuning tentang penyakit yang di hidapi, jika semua ok...tak payah jumpa doktor, terus lapor je kat Kem nanti...gitttu pulak!!! Senang bebenor...bisik hati ku.. kalau tahu begitu tidak payah lah datang ,buat membazir minyak je, datang 20 KM dari kampong ,dan dia pesan lagi , kalau ada kawan-kawan yang lain , pesanlah gitu juga...Hai inilah antara kerenah PLKN yang menyusahkan.

CATATLAH TERANG_TERANG APA YANG PERLU DAN APA YANG TAK PERLU ATAU SANGAT PERLU....KAN SENANG ( pinjam iklan TV 9 )

Lepas tu pergi ke kedai gambar untuk borang PLKN ,Sebuah kedai "Sakura" kat Bas Stand Kuala Terengganu,RM12.00 untuk 4 keping tempoh 1 jam.Kalau nak " Slalu " RM18.00 .

Jadi sementara menunggu 1 jam tu, kami bersiar di sekitar Tanjung, parking Unser kat tepian ShahBandar, melihat Projek gali muara sungai Terengganu yang entah , bila siapnya.

Kemudian menyusul tepian waterfront...kelihatan anak-anak muda lepak-lepak dan bermain motor.

Terus kami melalui Pejabat Pos Besar dan kemudian ke pasar Kedai Payang.Ha di sini kami membeli kerepok getel dan Telor penyu RM26.00 untuk 10 biji.

Pas tu cadangan daripada anak-anak,untuk naik "teksi"ke tempat kereta, sewa 2 buah ,dalam perjalanan Tuan beca "teksi "katanya "MB le ning payah nak juppa, kalu dulu gi je masjid Rusila , juppa sokmo"dan katanya lagi "piliharaya P36 ni kalu nak benang kena ikut kelantan,orang pun orang luarlah sebab nabi kita pun orang luar"...hebat orang tganu ni , itu baru Tukang beca...

Lebih kurang 20 minit kami pun sampai kat tempat parking kereta, lepas bayar tambang, "hadiah" RM20.00 untuk 2 teksi. dan terus ke kedai gambar.

Lepas itu , kami beredar ke Hyper Market “ SABASUN” Satu-satu nya kedai yang ada lebel “ Boikot barangan Israel” kedai hebat yang perlu dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia yang bencikan keganasan.

12 Dis ( Jumaat ) Aku hadiri kuliah Jumaat Dato' Harun Taib di Markas Tarbiyah, Kubang lembek ,di sini adalah” center of Knowledge”pusat ilmu :

Ada sekolah peringkat rendah, peringkat menenengah, Diploma dan ada Pra Universiti. Hari tu beliau tidak ada dan di ganti oleh Ustaz Din .Tajuknya " Tanam Bunga Manggal " sempena musim orang kahwin.... mengikut kaedah Syara'.

a.Nikah Sunnah Rasulullah.
b.Tunaikan tanggungjawab kerana Allah.

c.Ibu bapa bertanggungjawab mengurus Walimah.
d.Rasa kasih sayang adalah anugerah Allah.
e.Didiklah anak-aanak memahami syariat.
f.Qur'an dan Sunnah adalah panduan Hakiki.

"Binalah keluarga agar menjadi Rumahku syurgaku"

Diwaktu petang pulak macam biasalah selain memandikan Cik , ada aktiviti mesra keluarga dan melayan kerenah anak-anak saudara yan ramai dengan pelbagai permainan tradisi kami semasa kecil-kecil dahulu yang mereka tidak sempat menikmatinya , maklumlah mereka dibesarkan dihutan batu, kami dibesarkan di hutan rimba...tetapi adakala Tarbiyah ala hutan rimba lebih hebat dari hutan batu..apa pendapat korang ?

Hari ni Sabtu ( 13 Dis ) Kalau tak gi pasar Manir, tak sah so kami bersiap untuk kesana ....

hingga ketemu lagi....

Wassalam.

1 comment:

::Khazinatul Asrar:: said...

assalamualaikum..
alhamdulillah,seronoknya semua..
jgn lupa ijah kat sini yer...