ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Tuesday, September 23, 2008

RAMADHAN KIAN MENGHILANG


Hari ini 23 Ramadhan.Malam ke 24.Orang kata laylatul Qadr malam ganjil sahaja.Apakah malam ni tidak perlu beribadat ?.mana mungkin, ibadat bukan boleh pilih-pilih" kata ustaz syakirin dalam tazkirah Ramadahan nya .
Aku setuju dengan keterangan ustaz tu, Kita sebagai hamba Allah , tiada yang kita lakukan semuanya kerana Allah, setiap masa dan saat adalah untuk Allah.

Memang , bila dah terlalu lama dengan sesuatu benda kita jadi macam biasa , dah tak kisah.Inilah yang aku bimbang dengan ramadhan ni. Pada awal dulu, hai bukan main semua orang bersungguh sungguh menghadirkan diri ke Masjid dan Surau. Tetapi bila dah lama, mulalah beralih ke Pasar raya, kedai-kedai dan macam macam lagi kerana nak menyambut Hari raya.

Inilah bentuk tipudaya yang merosakkan ibadat kita.Jangan kita ulangi.Apa-apa pun utamakan ramadhan dahulu, lepas tu Rayakan Syawal dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, kerana berjaya menghadapi rintangan dan kesabaran kita menghasilkan kemenangan mengawal nafsu dan kesombongan kita , insyaAllah, mudah mudahan Allah memberikan kita " Taqwa".

Wallahu a'lam

No comments: