ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Wednesday, January 16, 2008

CATATAN SEMALAM


Sebagaimana lazimnya ,Jam 7.00 petang,dengan bertemankan Kancilku, aku keluar dari rumah menuju ke sebuah surau di satu perkampungan di Lekir perak.Malam tu aku di amanahkan untuk menghuraikan satu hadis dari kitab Mastika Hadis.

Hadis ke 38 kalau tidak silap, berkaitan Niat dan kaitan dengan hijrah dan kehidupan kita sebagai hamba Allah.
Antara mafhum hadis tersebut ialah" Sesungguhnya setiap amalan akan dikira oleh Allah swt. berdasarkan niat kita, kalau niat kita berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrah tersebut akan mendapat ganjaran pahala dari Allah , tetapi kalau Hijrah itu dilakukan kerana seseorang atau kerana untuk tujuan berkahwin , maka dia akan dapat apa yang dia niatkan dan tiada disana pahala dari Allah swt.

Dalam kitab itu juga dikaitkan dengan bagaimana nak memastikan apa yang kita niat itu benar atau bohong.
Antaranya contoh yang dibawa didalam huraian kitab tersebut ialah: seperti seseorang yang belajar dan mengaji kerana Allah belum tentu ikhlas atau betul niat nya sekiranya ilmu yang dipelajari nya itu samaada dari hadis Nabi atau AlQur'an selagi tidak diamalkan, maka selagi itulah dia di kira orang yang dusta dan tidak ikhlas didalam menunut ilmu, ertinya walau pun katanya niat kerana Allah , tetapi kalau tidak di amalkan ilmu itu mengikut yang dikehendaki Allah maka ia masih berdusta dan tidak ikhlas.
Begitu juga orang yang bekerja , yang niatnya kerana Allah, belum tentu lagi selagi segala rezki yang didapatinya itu tidak dibelanjakan mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah swt.saperti dibelanjakan fi Sabilillah, unuk bantuan faqir miskin dan sebagainya .
Itulah beberapa kupasan perbincangan yang aku sampaikan untuk peringatan diriku dan teman jamaah di Surau tersebut.

Sempat juga aku menyebut betapa perlunya konsep niat ini diterapkan didalam keluarga,apa lagi sempena dengan bulan Muharram ,tahun baru hijrah ini, agar apa sahaja yang dilakukan biarlah semata-mata "limardhaatillah".Umpamanya dengan tanamkan azam untuk jadikan alQur'an teman sejati ikutan sepanjang hayat.Bacalah alQur'an, perkenalkan kepada anak-anak agar cintai alqur'an.kalau tidak kita, siapa lagi.kalau tidak saat ini bila lagi.
Juga ku ingatkan, hijrahlah dari cara hidup yang sempit kepada cara hidup Islam yang luas dan berkat.kalau selama ini anak isteri bertudung dengan cara yanag salah, kembalikan dengan cara yang betul, elakkan tudong ala Mickey Mouse,yang menampakkan teliga .Elakkan tudong ala bonggol Unta yang bertudong tetapi menampakkan rambut berjambul di depan.Elakkan tudong ala Singlet, bertudong tetapi menampakkan lengan,kain masih terbelah atau memakai seluar kontot.Elakkan tudong ala tudong saji, sekali pakai banyak kali di buka.Begitu juga tudong lilit yang hanya dililit kepada leher dan masih terdedah auratnya.

Justru itu tanda sayang nya kita kepada kaum Hawa, sebab mereka mungkin Ibu kita atau isteri kita atau kakak kita ataupun adik perempuan kita atau sesiapa sahaja, yang mana tanda kita sayang dengan mereka , dan itulah bukti kita sayang , dengan menegur dan berhijrahlah kepada cara hidup yang mengikut syariat Allah.
Masuk waktu Isya' kuliah berhenti.
Selepas tu kami solat fardhu Isya' , dan berakhirlah sekitar jam 9.20 malam.

Mudah mudahan Allah mengurniakan aku kekuatan dan kesihatan , agar amanah ini dapat terus ku lakukan demi mencari maghfirati llah dan RedhaNya.

No comments: