ANDA DIALU-ALUKAN

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

SOKONGAN ANDA DIHARGAI

HULURKAN BANTUAN

Tuesday, October 16, 2007

WASPADA EMASA MENYAMBUT IDUL FITRI

Tayangan Khas Aidil Fitri- Muhammad Al fatih (animasi)
Posted on Tuesday, October 16 @ 11:32:27 MYT by SongkokPutih
Video Klip Oleh ahmadhadeed

"Muhammad al-FatihSultan Muhammad Al-Fatih merupakan seorang raja yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik & menguasai 6 bahasa pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Malah sifat-sifat beliau & para tenteranya telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah S.A.W: "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja & tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"

Sahabat baginda, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinopel ketika di zaman Bani Umaiyyah.

Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinopel dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda"


Kejayaan beliau dalam menewaskan tentera Salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Beliau merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Beliau jugalah yang menukar nama Constantinopel kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.


Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat beliau meninggal dunia.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih"

Untuk melihat tayangan perdana Aidil Fitri klik link dibawah
http://video.google.com/videoplay?docid=-4502302991768534949&hl=en

No comments: